Skip to main content

The Choice


Bosannya kalau takde benda nak buat kan? lagi-lagi time cuti semester..Baru ni aku habis exam awal sikit sebab sem ni kitorang ada 4 madah je untuk kos lughah tahun 2,tapi member-member yang lain tak habis lagi. Macam kitorang abis 17hb,tapi ahly bait aku habis 23hb, kadang-kadang tu nak memekak pun orang lain nak study,jadi buat hal sendiri la sambil-sambil hafal Al-Quran prepair untuk sem 2 nanti.

Dalam bosan-bosan tu tetiba je Shareez member kamcing aku tu,cadangkan aku supaya baca buku `The Choice` by Ahmad Deedat,idea menarik,aku dah tahu lama pasal buku ni,tapi tak ada masa nak belek maklumlah sibuk,cehh ayat je.

Mula-mula aku buka tu macam pening, orang tak power inggeris kan, pelan-pelan kayuh la. Bila mula buka buku tu,aku rasa macam menarik sangat pasal dia banyak menjelaskan perihal Nabi Muhammad (PBUH), Jesus The Christ,Moses (PBUH)dan banyak lagi. Kemudian dia mula masuk dengan perbandingan dan kekeliruan agama berpandukan Al-Quran dan Bible.

Jadi kat sini aku nak iklankan kat korang,sila dapatkan buku ni,sebenarnya elok sangat untuk kita sebagai orang islam kena tahu islam dengan lebih terperinci,kadang-kadang tu segan juga bila orang tanya pasal agama je,kita tak tahu. Sebenarnya orang bukan islam ni nakkan penjelasan dengan lebih tepat tentang kebenaran Al-Quran dan pendustaan dalam Bible,tapi tak ada orang yang nak jelaskan kat diorang,kalau kita tak mula dari sekarang,bila lagi?

Bagi pendapat aku la,kalau kita mampu untuk menterjemah,dengan kata lainnya boleh menguasai bahasa, kita la antara orang yang terpenting untuk berda`wah. Tak ada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...