Skip to main content

Benazir Bhutto

BENAZIR BHUTTO

Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi. Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.
Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu,
Farooq Leghari. Pada tahun 2006, Interpol telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat.
Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas
Perdana Menteri Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto dan Begum Nusrat Bhutto. Mereka berasal dari keturunan Kurdish, Iran. Benazir belajar di Universiti Oxford dan Universiti Harvard.

TERBUNUH

Benazir Bhutto merupakan pemimpin wanita kedua terbunuh di Asia Selatan selepas Indira Gandhi. Benazir Bhutto menjadi sasaran serangan puak pelampau khususnya Taliban dan al Qaeda yang dendam terhadap pentabiran beliau pada masa lalu. Beliau dilihat bersekongkol dengan Amerika Syarikat sebagaimana Presiden Pervez Musharraf. Pilihan raya Pakistan 2008 yang dijadual akan diadakan pada 8 Januari 2008 akan semakin kacau dan huru-hara. Pervez Musharraf pasti akan dipersalahkan dalam insiden ini. Sebenarnya Musharraf telah memberi amaran beberapa kali akan ancaman daripada Taliban dan al Qaeda tetapi amaran itu tidak diendahkan oleh Benazir Bhtto dan Nawaz Sharif. TV3 telah menyiarkan berita ini secara tulisan dibawah skrin sebagai tanda berita tergempar.

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...