Skip to main content

Maafkan Suharto...


Jeneral Suharto lahir pada 8 Jun 1921- 27 Januari 2008. Nama penuh: Haji Muhammad Soeharto ialah Presiden Indonesia yang kedua selepas Presiden Sukarno. Nama panggilannya "Pak Harto". Selepas Surat Perintah Sebelas Mac (Supersemar) yang dipertikaikan ramai dikeluarkan oleh Sukarno pada 11 Mac 1966, beliau dilantik sebagai Presiden Sementara dan kemudiannya dilantik sebagai Presiden pada 21 Mac oleh Parlimen Rakyat Sementara (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) (MPRS).

Suharto adalah presiden Indonesia yang paling lama memerintah iaitu selama 32 tahun (1966-98). Beliau pernah enam kali lagi dilantik oleh Parlimen Rakyat (MPR) sebagai Presiden Indonesia dari 1973 hingga 1998. Tempoh penggal terakhirnya berakhir sewaktu beliau menarik diri pada 21 Mei 1998 selepas berlakunya Rusuhan Mei 1998.


Bekas Presiden Indonesia ini akhirnya meninggal dunia pada 27 Januari 2008 jam 1.10 tengah hari waktu Indonesia, setelah terlantar sakit dan disorong tarik ke bilik rawatan rapi di Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan. Jantung, paru-paru dan ginjal gagal berfungsi dan pernafasan Allahyarham sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan. Sebagai menghormatinya, Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan Indonesia berkabung selama 7 hari.
Malaysia amat menghormatinya kerana menamatkan konfontasi Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Sukarno.

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...