Skip to main content

Gergasi putih mengaum



Bismillah,,

Lama tak menjeghah blog ni,nak cerita pasal cuti sem hari tu..macam mana nak mula ek?? Ermm jap.. Ok.. Lepas je habis exam,aku balik Kaherah kejap pasal ada benda nak diselesaikan. Tak lama aku di kaherah,aku dapat call dari Md Nor,dia ajak aku main bola untuk Skuad Mansoura untuk Piala Presiden,aku cadang tak nak main untuk cuti ni pasal aku dengan Yaser ada cadang nak pergi Jordan,itupun kalau duit masuk awal. Fikir punya fikir,akhirnya aku terima juga.

Aku bukan taknak main dah dengan Mansoura,tapi bila ingat balik kes masa Piala Presiden tahun lepas terus aku jadi malas,tahun lepas aku pemain baru,biasalah macam kekok sikit,senior aku ada yang tak suka cara aku main,aku orang baru cuak la sikit main kat stadium.

Tahun ni aku tengok banyak muka baru dalam team,pastu yang main pun banyak yang sebaya dengan aku, macam ada semangat sikit la. Antara Piala Malaysia dengan Piala Presiden,aku lagi teruja nak main Piala Presiden,sebab Piala Presiden ramai pemain-pemain yang best,ada cabaran sikit. Alhamdulillah tahun ni Piala Presiden diorang buat awal sikit,memang time musim sejuk betul.

Piala Presiden tahun ni diorang buat kat Padang Absiyyah belakang ARMA,pasal penginapan tu tak jadi masalah sangat kat kitorang. Bila penat je boleh terus balik ARMA. Makan pun ok,tapi kena bayar la.Tahun ni aku respect gila kat manager kitorang Mr.MdNor Hasan,dia tu memang pandai manage team, walaupun aku selalu kutuk-kutuk dia. Biasa la gurau-gurau.

Untuk perlawanan pertama Mansoura diuji dulu oleh Pasukan Kuala Lumpur,walaupun kitorang jarang main bersama tapi alhamdulillah kitorang dapat juga serasi,dan kemenangan pertama ke atas KL (4-0). Dan perlawanan kedua aku rasa tak berapa menguji sebab kitorang bertemu Sarawak,walaupun Sarawak ni pasukan baru,tapi kitorang sentiasa berhati-hati,dan kemenangan selesa 6-1. Untuk perlawanan ketiga, Mansoura bertemu Perlis,memang game ni orang tunggu-tunggu,macam buku bertemu ruas. Memang team Perlis ni antara yang menjadi pilihan,kitorang lebih berhati-hati,tapi taklah main bertahan je,dengan kematangan pemain-pemain yang ada,akhirnya kemenangan milik kitorang dengan jaringan (1-0). Untuk game last dalam kumpulan kitorang bertemu Damanhur,ni memang favorate team. Memang kitorang dah tahu kekuatan diorang,tapi kitorang takkan bagi muka dan nak main macam lawan dengan Perlis,tapi faktor keletihan mungkin antara sebab,so kitorang kalah (1-0), tapi kitorang layak secara automatik selaku naib johan kumpulan.

Dan perlawanan suku akhir,Mansoura diundi bertemu dengan Dumyat. Atas kertas, Mansoura menjadi pilihan untuk ke separuh akhir, tapi segala-galanya atas padang. Betul la cakap orang. Bola sepak ni permainan yang kejam,tak semestinya main dengan pasukan yang hebat kita dapat ke final. Akhirnya kitorang kalah penalti dengan Dumyat (4-2). Kitorang dah mempamerkan corak permainan menyerang,tapi nak buat macam mana tak ada rezeki. Apa-apa pun aku bangga pasal kitorang dapat tunjukkan permainan yang cantik. Pasukan Mansoura mendapat Anugerah Pasukan Terbaik,mungkin dengan corak permainan Mansoura kot.Mansoura juga dikenali dengan Squad White Giant,so lepas ni tak ada la yang pandang Mansoura ni sebelah mata je.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...