Malam itu Shareez menelefonku,katanya mahu ke Jawazat bersamaku keesokkan hari. Setelah habis berbual aku bertanya tentang keputusan perlawanan bolasepak euro2008. Sepatutnya aku mesti menonton perlawanan tersebut,oleh kerana pasukan Turki yang aku minati bertarung pada malam itu. Entah kenapa aku merasa begitu penat untuk melangkah ke rumah teman yang lain. Dirumahku tiada siaran perlawanan bola sepak kerana masih tidak menyambung wayar,bukan tak boleh tetapi semua kerja memerlukan wang jadi aku tangguh dahulu untuk sambung wayar televisyen. Tersentak aku sekejap,apabila Shareez mengatakan Turki menang ke atas Rep.Cech 3-2,walhal Rep.Czech awal-awal lagi sudah mendahului 2-0. Ini yang dikatakan nasib,bola itu bulat maka setiap inci dan detik perlawanan begitu berharga. Aku begitu bangga kerana pasukan Turki hanya memerlukan 15 minit untuk bangkit menewaskan Rep.Czech. Bila aku tonton semula ulangan perlawanan itu,aku dapat rasakan semangat yang membara dikalangan pemain-pemain Tur...
berjalan dan bermusafirlah