Skip to main content

Cuti menjengah lagi.


Assalamualaikum, untuk posting kali ini sajer aku tak nak sentuh bab isu semasa di Malaysia,tapi rasanya dah banyak blogger lain yang dah sentuh dan utarakan terutamanya tentang isu kenaikan harga minyak yang tidak munasabah dengan keadaan negara Malaysia sebagai antara pengeluar minyak terbesar dunia,selain itu masalah ketetapan kod pemakaian seragam sekolah yang kini dianggap tidak relevan oleh kerana dianggap punca peningkatan gejala seks di sekolah,selain itu jugak keadaan politik yang tidak menentu menambahkan lagi kekeruhan di Malaysia.

Musim cuti perkuliahan sudah pun bermula dengan berakhirnya musim peperiksaan musim panas. Bila mula cuti pun bosan juga kalau tak ada aktiviti untu kmengisi masa lapang. Pada ketika aku menulis posting ni tak bermula lagi kelas-kelas tafaqquh yang dianjurkan DPMM,insyaALLAH akan bermula dalam waktu yang terdekat. Jadi,untuk mengisi masa yang terluang aku pun mula menjoinkan diri dengan McDonald Fantasy Football. Bertepatan dengan Kejohanan Eropah 2008 yang dah pun bermula,maka elok sangat la tu,satu rumah sibuk mengatur pemain yang dijangka menjadi `star`. Untuk pengetahuan korang semua,tanggal 10Jun2008,aku telah mendapat ranking yang pertama dalam kedudukan tu,so rasa bangga kejap. Tapi bagus jugak main benda ni,ada juga nak buat kan?

Tapi sebenarnya aku ada rancangan awal-awal lagi untuk musim cuti ni. Aku dah ada rancangan dengan sahabat aku Shareez (Blog MalkeeSiddiq) untuk buat terjemahan buku-buku karangan Ustaz Ahmad Hussien Deedat. Aku rasa benda ni penting sangat untuk kita bawa ke peringkat global amnya. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang masih kurang mengenali Ustaz Ahmad Hussien Deedat,dia ini adalah seorang tokoh Tiologi Islam terkenal,dia jugak banyak membentangkan tentang kitab Bible dan Islam meskipun dia ni bukan dari bangsa arab. Aku harap juga rancangan ni berjaya. Korang doakanlah sekurang-kurangnya nak juga buat secebih jasa untuk ISLAM. InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...