
Terkedu aku bila seorang sahabatku mengatakan mahu balik Malaysia kerana tak tahan keadaan di Mesir,padahal dia adalah pelajar tahun 1 perubatan. Aku tanyakan dia mengapa? Alasannya keadaan di Mesir tidak membantunya,buntu aku seketika diam terkelu seribu bahasa. Terus pelbagai andaian menyerang fikiran..Kenapa balik? Aku tanyakan lagi untuk kepastian,tapi itulah jawapannya. Ini baru seorang yang ku jumpa.
Kebetulan aku pulang ke Mansurah,kebetulan ingin bertemu sahabatku yang baru pulang dari Malaysia. Aku ingin mengambil barang yang ku kirim darinya. Sedang elok bertemu,aku sengaja membuka cerita tentang sahabatku yang pulang terus ke Malaysia itu.
"Ala,biasa pul" Jawapan ringkas darinya.
"Yeker? Kenapa?" Berkerut dahiku.
"Manusia pul,macam-macam..memang dari Malaysia kitorang dengar kat Mesir ni murah sikit kalau banding dengan negara yang ada pengajian perubatan yang lain,tapi cara hidup sini tak sama. Ramai je yang balik habis,ada je yang balik tukar kos.." Terangnya lagi.
"Habis tu,duit dah banyak habiskan?" Sambungku lagi.
"Diorang anak orang kaya,tak kesah la." Selamba dia menjawab.
"Ooo,macam tu. Tapi kesian jugak kat diorang kan..yerla dah abis banyak duit tu,tetiba balik sebab kes-kes macam ni." Aku menambah.
"Ala,yang balik sebab tak lulus lagi ramai".
"Pulakkk".
Memang dari Malaysia,aku dengar macam-macam cerita. Tapi belum jejak belum tahu situasi sebenar. Kini, pengajian islam di Universiti Al-Azhar bukan golongan majoriti di Mesir. Sejak 2 tahun yang lepas kebanjiran pelajar perubatan yang datang dari MARA dan JPA serta agen-agen perubatan mencapai angka ribu. Terus terang, aku sendiri suka melihat kedatangan mereka kerana mereka adalah anak-anak melayu islam. Jadi kedatangan mereka kesini adalah satu langkah membuka jalan kepada perubatan islam di Malaysia.
Tapi dalam menuntut ilmu tiada yang mudah,siapa yang menuntut ilmu perlu sedar halangan di hadapan akan terus menanti dan menanti. Tak seorang pun yang mendapat ilmu tanpa berusaha, hayati lah hadis Nabi Muhammad S.A.W
"Man Jadda Wa Jada"
Hanya doa yang ku panjatkan, semoga dipermudahkan jalan ilmu ini. Dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh mencacatkan misi kami ini. Kepada rakan-rakan yang sudah pulang ke Malaysia,aku ucapkan semoga berjaya. Kepada rakan-rakan di sini Al-Azhar mahupun Perubatan,juang tetap juang..semoga dipermudahkan jalan. InsyaALLAH.
Comments
saya suka ayat saudara yg berbunyi "Tapi dalam menuntut ilmu tiada yang mudah,siapa yang menuntut ilmu perlu sedar halangan di hadapan akan terus menanti dan menanti. Tak seorang pun yang mendapat ilmu tanpa berusaha".
saya setuju dgn pndapat saudara. Tak ada yg mudah di dunia ini melainkan kita berusaha mendapatkannya.