Skip to main content

Openhouse Raya lagi...


Tahun ini menjadi raya yang penuh bermakna untuk saya serta `keluarga` hehe. Manakan tidak,tahun ini saya dan rakan-rakan sempat menunaikan solat hari raya di Stadium Mansoura. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas,saya tak berkesempatan sebab menunggu rakan-rakan yang lain. Habis semua tak sembahyang.

Walaupun tahun ini saya tidak berkesempatan untuk men`join`kan diri dengan Sambutan Hari Raya Putera Puteri Selangor (PUITIS) atas sebab tugas yang tak dapat dielakkan.
Tapi pada tahun ini kami `sekeluarga` dari Bait Maqabir sepakat untuk mengadakan openhouse buat kali yang kedua. Kami juga mengajak beberapa rakan lain untuk menyertai kami. Nampak macam besar-besaran jugak. .Masing-masing mengambil tugas yang diamanahkan,dari meminjam periuk,alatan memasak sampai kepada membeli bahan-bahan yang diperlukan. Semua cukup..Macam nak main bola la pulak.

Walaupun baru balik dari Kaherah,saya cuba untuk memainkan peranan dalam usaha untuk menjayakan program ini. Walaupun saya banyak main game je,tapi adalah sikit-sikit jasa tu (jangan mara aaa ahli bait sekalian).
Dari jumlah jemputan yang saya dengar,mau sampai 500 orang tapi tak tau la betul ker tak. Tapi kitorang ada menjemput kawan-kawan dari muhafazah lain. Macam kenduri kahwin dah. Dari ikhwah sampai ke akhawat semua kami jemput,sebab kami dah spacekan tempat untuk diorang. So, tak menjadi masalahkan? hehe.

Aktiviti gotong-royong pun bermula sehari sebelum kejadian. Macam nak sambut raya pertama. Masing-masing sibuk. Ada yang pergi beli barang,ada yang potong-potong daging,ikan dan sebagainya. Menu utama adalah nasi tomato,berlaukkan ayam dan ikan keli goreng. Dan diselangi dengan hidangan spesial keropok lekor,hehe. Mana nak dapat keropok lekor mudah-mudah jer kt Mesir ni. Sehari semalam jugak tengok kawan-kawan serumah tak tidur. Sian kat Jaapar ngan Wan,masing-masing muka berminyak jer goreng ayam ngan ikan keli.

Keesokkan harinya,awal-awal lagi chef kami Ustaz.Saful Bahry (SB) dah sibuk untuk menyedia dan menyiapkan hidangan,dibantu rakan-rakan yang lain. Tapi ada yang masih enak dibuai keindahan tidur diselangi cuaca redup bak lepas hujan,kesian diorang. Takpe,rehatlah dulu. Program bermula selepas solat zohor. Rasanya tetamu akan datang lewat sikit,biasalah kang orang kata semangat pulak kan? hehe,,gurau-gurau jer. Tapi tengahari tu saya pulak kena pergi Markaz Banat sebab ada perjumpaan dengan Pusat Zakat Selangor (MAIS). SO,kena tinggal program untuk seketika. Sorry la kawan-kawan, tak dapat nak layan korang.

Habis je perjumpaan dengan MAIS,saya terus bergegas balik rumah. Tapi waktu tu,dah nak masuk maghrib jadi tetamu pun mula surut. Tapi lepas je waktu isyak,tetamu kembali menyerang tak putus-putus. Rakan-rakan serumah walaupun penat tapi terpancar keriangan,lagi-lagi si Fathi tu..hehe.
Pepehal pun saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ahli Bait sekalian serta tetamu-tetamu yang hadir. Korang memang sempoi la. Jumpa lagi. Assalamualaikum.



Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...