Skip to main content

1430 dengan tragis Palestina



Assalamualaikum, "Kullu Sanah Wa Antom Bilkhair",salam tahun baru Maal Hijrah moga-moga dengan kedatangannya membuka lembaran baru untuk kita sekalian insyaALLAH, Aku juga mengucapkan syukur kerana sering menerima mesej-mesej sambutan tahun baru 1430.. ini menunjukkan masyarakat kita peka terhadap peristiwa ini. Tidaklah hanya menyibukkan diri dengan menyambut tahun masihi dengan perkara yang meloyakan.



Seiring dengan sambutan tahun baru ini,pelbagai azam dipahat mahu menggapai apa yang belum dihajati,tapi hati ini sedih dan pilu ketika terbayang di hujung anak mata ini kisah saudara-saudara kita bergelumang dengan darah mempetahankan tanah air bumi Palestina. Pelbagai andaian dilemparkan, Fatah yang dianggap `musuh dalam selimut` hanya berdiam diri ketika saudara seagamanya Hamas bermatian mempertahankan diri. Mesir yang selama ini menjadi `orang tengah` juga dikatakan antara punca Hamas kurang bersiap sedia apabila Menteri Perisikan Mesir memberi maklumat palsu tentang serangan Israel Laknatullah. Mana kesatuan arab yang dicanang mempertahankan agama dan bangsa? mana Jordan? mana Qatar? mana U.A.E? mana Arab Saudi? mana Bahrain? Mana bangsa arab yang kononnya kaya raya,hanya makan dan tidurkah? Tanggunglah akibat di akhirat kelak,jawablah sendiri dengan tuhan.



Pelikkan? Libya jauh di utara `Afrika` pula yang menghulurkan bantuan makanan dan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan Israel ketika semua pihak berdiam diri . Iran,negara `kekuasaan` Syiah pula bersedia menghantar pasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan, Ahmadinejad yang juga Presiden Iran mengutuk tindakan Israel Laknatullah yang dianggap pengecut menyerang Palestina. Mana pihak `ahli sunnah wal jamaah` pula? Senyap? Ayatollah Ali Khaminie juga mengeluarkan fatwa wajib berjihad pada seluruh umat Islam.

Ya Allah kau lindungilah Palestina dan Hamas,kurniakanlah insan yang berhati mulia untuk berjuang di jalanMu. Permudahkan urusan bantuan ke Palestina. Suburkan jiwa jihad dikalangan Mukminin. Simpati Palestina.....

Comments

Dr Anisah Ali said…
Seribu Jiwa..Satu Semangat! ALLAHU AKBAR!

Palestina..Sokongan kami padu bersamamu.

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...