Skip to main content

Sambut "anak" baru



Assalamualaikum,rasa macam lama sangat dah tak "posting" apa-apa kat blog ni. Rasanya patut mulakan operasi membuang sawang-sawang yang mla berkeliaran ni. Tapi untuk kali ni,ada sesuatu yang begitu istimewa iaitu "kelahiran anak sulung".

Dengan tekun dan sabar mengharungi peperiksaan,dan terus melangkah ke Alexandria untuk menemui cinta ini, tangisan "mybaby girl" jelas kedengaran pabila kaki mula melangkah dengan cepat menemui penjaga angkatnya. Kuselak-selak kain lampinnya,semua cukup. Tak ada yang kurang..alhamdulillah,semua selesai. Penat usaha akhir tahun lepas membuahkan hasil. Dan ku percaya,tiada yang mustahil untuk dilakukan. Terima kasih pada yang banyak membantu, Encik.Sam,Aaman, Saudari Anisah, Aunty N.Masita dan keluarga. Macam nak buat ucapan dalam album baru je. Takpe lah bukan boleh selalu pun.

Baru sehari dapat pegang "mybaby girl" ni,tapi dah mencecah 300 keping gambar. Nak cerita begitu teruja dapat bertemu dengan si dia. Oh lupa nak perkenalkan "my baby girl", jangan salah anggap! "Mybaby girl tak punya nyawa tetapi memahami isi hati ini,walaupun berbentuk metarial, ia sangat bernilai untuk menilai kehendak jiwa. Nikon SLR D40x diberi nama, itulah ia kamera langkah pertama dalam bidang seni gambar..InsyaALLAH

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...