Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala.
Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan 'qarar',tapi tu bukan bermaksud Azhar tak 'syadid'. Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu.
Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat'. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi ammu tu bawak kami tapi ikut jalan nak pegi Gamaah, tak lama tu Shasha tanya ammu tu.
Shasha: Roh fein ya amm?
Ammu : Roh Baron...
Shasha: Laa musy rouh baron,ehna aizz rouhul murur..
Ammu: (Sambil mengangkat tangan) Rouhul Murur? yaaaaaa...ana fakkir ento rouhil
kuliyyatu Tibb asyan kullu youm banat biitrouh hunak..
Takpela,sekali-sekala jalan-jalan apa salah kan? Ammu tu pun ok jer,xde nak buat muka ke ape. Sambil tu dia borak-borak la...best. Jadi kami bayar lebih jer kat dia,bak kata orang 'rezeki anak-anak'. Masuk jer kat kuliah,kelas aku tak start lagi. So,aku pegi belakang kuliah mengulang hafalan,,sambil melihat telatah anjing liar yang kekadang agak comel,tapi teringat kat 'sorang' tu yang takut giler ngan anjing..Shareez memang aku maklum penakut anjing,jadi tak hairan mana. Tapi kalo ingat balik kisah Fida protect dia dari anjing dulu tu,memang akan tercabut balik urat kentut nih.
Masuk kelas,doktor ajar sekejap jer sebab dia ada hal lain lagi. Pastu dia mintak tukar doktor. Dan Doktor Malik yang ajar Sorof masuk gantikan dia. Aku tak penah lagi ngaji ngan Doc.Malik.. memang best tapi cuak sebab dia selalu tanya,tapi bagus la..sekurang-kurangnya ader rasa nak ingat balik kan?
Balik kuliah..aku singgah souq kejap. Sajer nak cuci mata,tengok buah-buah yang menarik. Sebab sekarang ni dah tukar musim,banyak la buah-buah yang menanti. Bila dah kat 'souq',jalan pun berhimpit-himpit la kan? Style aku jalan tengok benda yang jauh terus,yang depan mata ni buat tak nampak..tetiba boleh pulak ada ustazah betul-betul depan aku. Mengong betul,,apesal la aku tak perasan..dekat giler,sekali dia boleh toleh muka dia kat aku. Mampuih den,dia sudah melihat muka aku,akan tetapi aku pula tak melihat akan ia,sebab dia berpurdah. Nasib baik sempat mengelak,kalo tak...sambung sendiri la tuan-tuan..kang tak pasal-pasal dia cop den nak menggatal,malu den nih. Keluar je souq,aku berjaya membawa sesikat pisang..bagus untuk tenaga dan atlet macam aku ni. sekian dipersembahkan....

Comments
Santai~
Suka Baca.. tau kamu pening.
:)
::P