
Adoiii,sakit kepala...+ hidung tersumbat..sub sub sub :'( cuba untuk tidak mengeluh sebab dapat sakit,aku yakin Allah sengaja menguji hambanya,mudah-mudahan dikurangkan dosa-dosa yang lepas. Ingat lagi masa belajar 'tibb nabawi', nabi tak nak dirawat kalau baginda dapat sakit. Walaupun dia tahu yang baginda tak ada dosa..hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia alam ni kan? cool man..tenang-tenang jer.
Dulu ingat lagi masa kecik-kecik,mama selalu dekat ngan aku kalau kena demam,mama lap-lap dahi ngan air asam..padahal masa tu aku tak de la nak sangat rawatan pun,tapi sebab nak dapat perhatian mama jer. Maklumlah adik-beradik ramai,tak terlarat la mama nak layan semua. Aku pulak jenis kalau dapat demam mesti nak mimpi seram-seram pastu siap ngigau lagi,tapi ngigau time demam jer la :) bila mama pegang dahi tak pun pegang leher aku ni,rasa macam best sangat. Rindu sangat waktu-waktu macam tu..
Tak tau la aku dapat tak lagi rasa perasaan tu kalau dah balik Malaysia nanti..bila dah abis study nanti umur aku pun dah masuk pertengahan 20-an,itu untung kalau balik bujang. kalau tiba-tiba tak sengaja balik 'dua' orang,maknanya tak merasa la kot..:'( duduk berjauh ngan keluarga ni,sakit susah kita sendiri tangung. Kadang-kadang tu tak de la sakit mana,tapi campur ngan perasaan nak mama yang jaga,bertambah pulak sakit tu. Rindu la mama..dah dua tahun setengah tak balik mesia. Rasa nak balik,tapi pikir tiket tu mahal..rasa serba salah pulak nak mintak ngan mama. Banyak benda lagi nak pakai duit..kenapa pula rasa sebak jer nih. :'( korang-korang kalau ader peluang dapat balik mesia,luangkan la masa ngan keluarga. Walaupun kekadang kita tak sekepala ngan diorang tapi hubungan keluarga ni mengatasi segalanya...
Comments
Kalau balik ber'dua'pun siapa kata dah tak boleh manja-manja dgn mama.
:)