Skip to main content

Piala Presiden 2009


Assalamualaikum,,untuk kali ni aku nak cerita pasal Piala presiden PMRAM 2009. Rasa macam bosan nak cerita tapi masukkan jer la. Rasa macam tak best jer Piala Presiden tahun ni,tapi kami layak ke separuh akhir berbanding tahun lepas yang hanya sekadar suku akhir. Tak tahulah kenapa aku berpendapat pertandingan tahun ni amat membosankan macam kami datang untuk ziarah-ziarah jer. Dan aku tak menolak kemungkinan besar sebab benda-benda ni terjadi disebabkan:
  • Aku mungkin penat,sebab masa tu baru 5 jam sampai dari Jordan terus bersiap ke Zaqaziq.
  • Antara punca kelemahan aku juga adalah disebabkan kurang stamina,maklumlah dah lama tak pegang bola sejak dari 'exam' hari tu. Lepas tu ditugaskan pula jaga bahagian tengah. Korang semua tau la kan yang bahagian tengah padang tu elok bagi kat Park Ji Sung je.
  • Mansoura kehilangan striker Arif yang tetiba tulang tangannya tu terkeluar dari landasan ketika terjatuh semasa menentang Pahang,jadi dia tak dapat menyertai kami di pusingan separuh akhir.
  • Dan yang paling aku kecewa adalah sikap kurang percaya membuatkan pasukan kami tewas.


InsyaALLAH untuk piala-piala yang akan datang pasukan Mansoura akan pastikan semua persediaan mencukupi,walaupun ni bukan la piala yang besar sangat. Tapi sekurang-kurangnya ada semangat sepasukan. Kepada DPM Mansoura sila jangan simpan duit lama-lama,sebab duit-duit tu tak boleh bawa ke syurga pun.

Dan aku senaraikan keputusan perlawanan:
  • Mansoura Lwn Negeri Sembilan (1-0) penjaring Arif.
  • Kuala Lumpur Lwn Mansoura (0-1) penjaring Arif.
  • Mansoura Lwn Melaka (2-0) penjaring Saiful Islam dan Akhimullah.
  • Kelantan Lwn Mansoura (0-0).
  • Suku akhir- Selangor Lwn Mansoura (0-1) penjaring Akhimullah.
  • Separuh akhir- Mansoura Lwn Tanta (0-1) penjaring Rosyam Nor.
  • Penentuan 3&4- Syoubra Lwn Mansoura (2-0) penjaring aku tak kenal.
p/s: Tapi serius,aku memang malas gila masa kat padang hari tu,dan rasa malas itu juga menyelubungi kepala masa nak posting cerita ni.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...