
Bismillah..
Terdetik hati nak tulis pagi ni,tentang hari khamis lepas. Aku pergi amin daulah dengan harapan dapat serahkan dokumen peribadi untuk urusan pasport. Mungkin silap aku juga datang setengah jam lambat tapi bukan sengaja lambat.
Sampai kat sana,dah ada 2 orang 'student' medic tengah tunggu,dan aku yakin dapat serahkan. Tapi boleh pula pegawai tu kata, "datang esok (bukroh)"..dengan hati kecewa aku cuba pujuk dia untuk buat hari ni jugak..ditolak mentah-mentah.
Aku tak boleh nak salahkan dia sebab tak nak terima dokumen tu,salahkan diri sendiri adalah jawapannya. Sebabnya,aku dah lali sangat dengan perangai 'bukroh' tu,saja aku cari pasal datang lambat,padan muka.
Walaupun ramai yang geram dengan perangai keras hati mereka ni,tapi banyak benda jugak yang aku setuju dengan arab Mesir ni,walaupun perangai keras hati ni buat mereka seperti ketinggalan,tapi pada masa yang sama benda ni buat mereka tak mudah tunduk dengan tekanan. Mereka akan buat jugak cara mereka sampai orang akan setuju dengan kehendak mereka.
Jiwa macam ni yang kita harapkan dalam jiwa orang islam,tak mudah tunduk dengan nafsu dan anasir luar. Tapi sayang,kita la yang akan jadi orang pertama pak turut orang kan? Jawapannya kerana? Kerana manusia tak takut tuhan. Renung-renungkan...............
Comments
Moga kita jadi orang-orang yang kuat.Ye? InsyaALLAH.