Skip to main content

Dah besar ker dah tua?



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku mohon hari-hari yang bakal mendatang dengan usia yang matang,membawa seribu 'kejayaang' (kejayaan). Tak ada sambutan tak ada kejutan,bukan tak mahu tapi dari kecil dah biasa macam ni. Bukan ayat sedih-sedih ok. Yang penting matlamat,aku mahu setiap inci hidup ini ada jasa pada sekeliling,pada diri,keluarga, agama dan bangsa. Biar hidup disanjung dan dihormati,walaupun payah untuk menjadi manusia yang sempurna,tapi sentiasa berazam untuk menjadi seperti itu.

Terima kasih pada yang ingat,terharu bila awal pagi aku buka 'Facebook',ramai yang ucap selamat. Dan pada 'si dia' yang awal-awal lagi menelefon seawal jam 12 malam,terharu sangat, walaupun sering disakat. Pada bro Mohd Iqbal,ko ingat jugak hari lahir aku? terima kasih hantar SmS malam tadi..

"Yang penting matlamat,aku mahu setiap inci hidup ini ada jasa pada sekeliling,pada diri,keluarga, agama dan bangsa. Biar hidup disanjung dan dihormati,walaupun payah untuk menjadi manusia yang sempurna,tapi sentiasa berazam untuk menjadi seperti itu."

Aku tak kesah sangat pasal hari lahir ni,tapi apa yang aku harap sangat-sangat. Doakan aku menjadi yang terbaik dalam hidup ini,dan ampunkan dosa-doa aku kat korang. Aku manusia yang kadang terlupa salah silap,dan kadang tak sedar rupanya ada hati yang mengecil kerna aku.

Dan sebelum aku terlupa,aku nak bagitau hadiah pertama yang aku dapat adalah kemenangan Chelsea keatas Liverpool dalam timbal balik pusingan kedua di Stamford Bridge ageregat 7-5. Maju Chelsea,Drogba..kamu memang best. :)

Comments

Dr Anisah Ali said…
Ameen. InsyaAllah kamu jadi apa yang kamu harapkan.
Ada azam,ada amal,ada doa,ada tawakkal..dan ada ALLAH untuk bukakan jalan.
Zakiah Zazli said…
salam
wah..nisa dah wish awl2 lagik

happy birthday!!! yg ke....?? :P

-yaya-
Malkisideeq said…
salamat..salamat...
Saiful Islam said…
mekasih pada kawan2 yang prihatin dengan besday saya..terHARU.. :)
fida yO said…
hepi belated burfday!!!
gler ah...lpe nk wish...
wat surprise je lebeyh,ha2
adam said…
salam,,epul sori late wish ur befday,,ape2 pun aku doakan ko berjaya n happy selalu,,

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...