Skip to main content

Kamu sudah d`TAGGED

Assalamualaikum,

Hadoi aku pun terkena jugak virus ni, 'akceli' memang tak tau aper pun pasal benda ni..tapi macam best. Takpe la main jugak. :) Shareez hang jangan kutuk-kutuk aku k...

>Anda rasa anda Hot?
Jawapan: Erm,entah la, tak kot..eh erm tak tau la aku..sebab selalunya kalo 'hot' ni bagi aku macam orang ensem-ensem kot,means macam muka putih,tinggi,hidung mancung..macam tu la kan. Kalo aku ni macam 'lintang' jer anak pesisir. :)

>Upload gambar kegemaran anda?
Jawapan: .........dalam proses..............



>Kenapa anda suka gambar ini?
Jawapan: Sebab gambar ni memang nampak jujur sangat,budak-budak kata dah macam jerangkong,tapi aku suka.

>Bila kali terakhir anda makan pizza?
Jawapan: Rasanya masa 14 Mac ari tu kot,ader orang belanja..hehe masa kat Uni Alex. :)

>Lagu terakhir yang anda dengar?
Jawapan: Mestilah Laskar Pelangi,dah duduk kat playlist blog ni.Lagipun lagu ni memang buat aku lebih zuhud kot. Aku nak berjiwa "Lintang"..tak takut dek buaya sebab ada "Bodengga".

>Apa yang anda buat selain dari menyelesaikan Tag ini?
Jawapan: Tengah siap-siap nak jumpa Amin Daulah...

>Selain nama sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
Jawapan: 'Ustaz' dan Messi (ini orang panggil time aku main kat Piala Presiden,tak ada sebab nak perasan k.)

>Tag lagi 6 orang?

Wajib ker?

  1. Fathi
  2. Ummu Ulfah
  3. Azuan Sulaiman
  4. Zulkiflie
  5. Mohd Iqbal
  6. Yaser Zanil
>Siapa N0.1 pada anda?
Jawapan: Dia ahli bait aku,agak kecoh tapi hati dia baik,mudah nak mintak tolong..:)

>Orang No.3 ada hubungan dengan siapa?
Jawapan: hohoho,,ini aku tak tau..memang tak tau. Tapi dengar kata dia dengan budak umah selangor jugak..hahah.

>Kata sesuatu tentang orang No.5?
Jawapan: Ini adik aku,walaupun dia tak ada blog,tapi nak letak nama dia jugak. Walaupun kami ni tak nampak rapat,tapi adakala kami kongsi bersama. Thanks bro..kau paling memahami jiwa lelaki.

>Bagaimana pula orang No.4?
Jawapan: Bekas ahli bait aku..sekali bukak mulut memang 'pedas' dan 'membakar jiwa yang mendengar'. Seorang yang lemah lembut dan sopan,tak pernah marah setakat aku kenal dia,dan kalau dia marah pun orang tak akan perasan 'uslub' marah dia tu.

>Pesanan buat orang No.6 dan No.2?
Jawapan: Walaupun dah lama tak jumpa kamu wahai Ulfah,aku masih setia menantikan nasi minyak..dengar kata dengan orang Jerman ek?
Untuk Yaser pulak,jaga-jagalah Manchester Utd kamu tu elok-elok k..:P

Comments

Malkisideeq said…
tk kutuk pun...cuma mahu mengataaa..hhohoh...
adam said…
wei pul,,aku dah tukar org,,hahaha,,, kat umh selangor dah ade someone,,terlepas,,

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...