Skip to main content

Oh Malaysia


Kenapalah masa-masa ni nak ingat kat Malaysia? Adoi,pening kepala..adakah rasa rindu itu mula mengembang atau hanya perasaan sahaja? Ah,abaikan..mungkin juga sebab angah nak balik kot. Takpelah insyaALLAH ada rezeki aku pulak balik..tahun depan? mungkin. Tapi Nadiah kata dia nak balik jugak. :) Mana boleh dua-dua sekali nak balik.

Aku..hanya dibesarkan di kampung. Kampung yang terletak di Cheras..Cheras? Ada kampung ke?
Ada la..sape kata tak ade? Kampung aku dinamakan 'kampung' Bandar Tun Hussein Onn. Kiranya kampung moden la. Walaupun orang kata bukan kampung,tapi aku nak kata kampung jugak.

Aku suka suasana kampung aku,walaupun tinggal kat bandar tapi aku takde la rasa kebandaran sangat..mak ayah pun kerja sederhana..boleh makan boleh minum..Alhamdulillah,bersyukur.

Waktu pagi di Kuala Lumpur memang aman,lagi-lagi kalau jalan kat 'area' Central Market. kereta pun tak banyak lagi. Dengar kicauan burung gagak..jap-jap,burung gagak dipanggil kicauan jugak ker? Sebab dia macam burung jahat,macam tak sesuai je nak panggil kicauan. Takpelah serah pada dewan bahasa. Lepas tu lepak makan nasi lemak dengan teh tarik kat warung depan hentian puduraya tu sambil tengok india bawak motor hantar suratkhabar.

Kalau di rumah pulak,pagi-pagi aku kena hantar dua orang budak nakal iwan & yasmin pergi sekolah. Disebabkan 'area' umah aku ni antara jalan pintas untuk lari dari tol,maka banyaklah kereta-kereta berbaris panjang. Lepas tu pukul 11 pagi kena amik diorang kat sekolah,dapat la tengok budak-budak sekolah tunggu mak ayah diorang amik..rasa macam tenang jer.

Kalau waktu tengahari pulak,.tapi korang perasan tak? bila waktu tengahari orang akan mula masak..pastu bunyi yang paling popular bunyi 'blander' ngan bunyi 'lesung batu'. Itu yang aku paling perasan la..bunyi paling masyhur.
Bila petang di 'kampung' Bandar Tun Hussein Onn. Suasana ceria kembali. Sebab masa tu orang pun dah balik kerja,budak-budak sekolah pun dah habis kelas. Iwan bila balik sekolah terus mandi,bagus budak ni. Lepas mandi sikat rambut,pakai 'smart-smart,pakai bedak. Lepas tu dia lari pergi padang belakang rumah,bukan nak join main bola,tengok jer. :) Yang adik-adik perempuan yang lain main kat depan rumah jer. Bila mamak jual roti tu lalu,mula la semua nak bising panggil 'Ba-Bu' sebab bunyi hon motor dia tu macam bunyi "baa-buu". Yang budak-budak ni bising sebab suka mamak ni datang,tapi mak dia pulak bising sebab buat habis duit diorang...tapi maknya bagi jugak,biasalah budak-budak.

Bila malam,restoran mamak lah yang paling menjadi tumpuan. Tak kira tempat semua orang akan bersetuju dengan 'map-le'. Teh tarik satu o-ne! ini ayat biasa kalau kat restoran mamak. Bila malam jumpa kawan-kawan,tapi tu masa tak sambung belajar lagi. Takpun tunggu orang panggil main futsal. Kadang-kadang lepak kat McDonalds..tempat kerja dulu. Memang boikot tapi kawan-kawan ramai kat sana kerja.


Kalau balik kampung (ni kampung betul-betul).. tengok lembu,kerbau jalan-jalan kat batas bendang,rasa tenang pastu ada bau aroma tahi lembu lagilah menambah ketenangan walaupun tahi lembu tu jijik tapi dengan aroma tahi lembu tu menzahirkan keadaan itu di kampung kan? Lepas tu ikut kawan-kawan mandi kat tali air,sambil memancing. Ingat lagi abuya datang bawak rotan sebab aku berkubang kat tali air,abuya risau sebab tempat aku berkubang tu ada buaya. :) selamba je.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...