Skip to main content

Hari ini tak makan lipas lagi..

(igat..~bukan nama sebenar)

(ayam goreng madu)

(ikan kesayangan)

Bismillah..


Alhamdulillah,akibat dari insiden semalam yang hampir meragut nyawa kami sekeluarga. Hari ini dengan penuh keazaman aku dan Zul (Dol) cuba melawan perasaan malas untuk membersihkan dapur yang selama ini dihuni oleh makhluk yang tidak diundang.

Berbekalkan pengalaman sebagai pekerja profesional dalam bidang hiasan dalaman,aku mula mengatur langkah menyusun semula posisi almari,meja dan dapur mengikut citarasa moden yang lebih elegen. Kualiti dalam penyusunan lebih diutamakan untuk memberi lebih keselesaan kepada pemasak.

Dan apa yang paling penting,dapur kini tidak lagi menjadi penempatan penghuni asing. Dan keselamatan pemakanan kami akan lebih terjamin.

Comments

Dr Anisah Ali said…
Bahasa anda dalam entri ini begitu skema. Boleh masuk buku teks BM darjah 3. Sekian terima kasih.
Saiful Islam said…
Puan Anisah sememangnya saya sajer nak buat ayat skema dalam ni..biar ia lebih menunjukkan rasa chenta terhadap bahasa ibunda kita. Sekian dimaklumkan.
Dr Anisah Ali said…
Maklum balas diterima.
Anonymous said…
muka yg sedang menggoreng ayam madu itu kelihatan sungguh innocent sekali (sekali je la). em apa selama ini kalian sekeluarga ada menu khas masakan lipas ke?kenapa tajuk entri cmtu? >,>