Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini.
Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap".. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing.
Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya. Dan kadang-kadang selalu bermain di fikiran tentang keadaan diri di atas pangkin mandi jenazah kelak,tapi perkara maksiat kita hampiri juga.
Alhamdulillah,beberapa hari lepas beberapa orang sahabat telah datang menziarahi kami di Bait Maqabir. Serba sedikit perkenalan ringkas diatur walaupun tidak dirancang. Peringatan tentang tujuan hidup diterangkan,dan serba serbi nasihat tentang agama diperjelaskan. Tetapi saya tertarik dengan sebahagian isi penting pertemuan kami iaitu 'agama islam kuat kerana penyebarannya'. Konsep ini memang relevan,dan selamanya relevan. Walaupun islam kini banyak dengan kuantitinya,tetapi belum mampu jika kualitinya tak dijaga. Betul kata sahabat saya,islam itu tidak akan tertegak jika tidak disebarkan. Walaupun didunia kita bersahabat baik dengan non-muslim,tapi kita tidak akan mampu membantu mereka di akhirat kelak. Sejahat-jahat orang mukmin akan masuk juga ke syurga akan tetapi sebaik-baik non-muslim tidak akan sesekali mencium bau syurga sedikit pun.
Penyebaran islam telah bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan diteruskan oleh para sahabat,tabi` tabien dan umat islam selainnya hanya dengan matlamat membenarkan kalimah Allah di muka bumi ini. Zaman mereka ini telah berlalu,dan kini kita pula yang akan meneruskan kembali perjuangan yang tidak akan selesai selagi sangkakala belum berbunyi. Tak kira siapapun kita ustaz? doktor? arkitek? mekanik? Selagi bernama islam tuntutan wajib ini perlu dilaksanakan,jadikan profesion sebagai medan dakwah dan jangan abaikan. Perlu diingat,setiap apa yang dilakukan didunia ini akan dipersoal dan dituntut. Sebarkan islam selagi mana kaki ini masih melangkah..InsyaALLAH.
Comments
Sedang Rasul saw pun berpesan,
"Apa-apa dariku,Sampaikanlah walau sepotong ayat"
Biar USAHA kita jelas. InsayALLAH. Sama-sama.
:)
"sebaik2 agama disisi Allah SWT ialah agama Islam"
sbgai hamba merangkap umat Islam, tidak boleh tidak mesti berpegang teguh dgn agama Allah. Allah is god 4 all macrocosm