Skip to main content

Telah kembali


Bismillah...

Lama rasanya tak buka blog ni,agaknya dah bersawang kot. Lama tak buka bukan malas,tapi ada beberapa sebab. Walaupun blog ini dibina bukanlah dengan tujuan yang tertentu, tapi hanya lebih kearah berkongsi pendapat dan ilmu dari rakan-rakan blogger yang lain,selain mendapat komen balas dan juga teguran.

Baru-baru ini Mesir dikejutkan dengan berita kematian seorang sahabat dari kuliah perubatan Universiti Kaherah tahun 3 iaitu Allahyarham Ammar Zulkifli kalau tak silap saya. Walaupun saya tidak mengenali secara langsung,tapi sebagai saudara seagama kesedihan juga turut dirasa. Dan ini bukanlah pengalaman pertama menghadapi kematian seseorang yang sebaya dengan saya. Sejak di bangku sekolah lagi beberapa rakan saya dahulu sudah pergi bertemu ilahi. Kali terakhir adalah selepas raya aidil adha akhir tahun lepas,rakan yang dianggap rapat semasa di tingkatan 5 menghembuskan nafas terakhir pada usia 22 tahun. Walaupun usianya dianggap muda,tapi MAUT tak kenal usia.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya beliau sudah selamat di-SANA. Bagaimana pula dengan kita. Peringatan acap kali diingatkan tapi diri ini tak pernah serik. Sebagai manusia dan juga insan yang kerdil ini,sering juga saya melakukan dosa,lagi kuat saya berdoa lagi kuat tuhan menguji saya. Ampunkanlah kami ya Allah..mudahkanlah kami di akhirat kelak. Jauhkanlah kami dari golongan orang yang tidak bersyukur.

Kepada sahabat-sahabat yang telah meninggal dunia juga umat islam yang terdahulu,Al-Fatihah saya sedekahkan. Mudah-mudahan tenang kalian di-SANA.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...