Skip to main content

Piala malaysia dan adik-adik tahfiz.


Bismilllah,

Alhamdulillah setelah beberapa hari berada di Zaqaziq akhirnya membuahkan hasil. Walaupun mula-mula nampak macam pasukan tak siap,tapi akhirnya Mansoura berjaya membuktikan. Dalam peringkat kumpulan nampak macam payah nak layak ke suku akhir,sebab menang dengan Johor 2-0,seri 0-0 dengan kelantan,kalah dengan Sabah 1-0. Lagipun masa hari terakhir peringkat kumpulan semua ada peluang hinggalah Mansurah dapat kalahkan Perak 3-0.






Untuk separuh akhir kami dijadual bertemu Syoubro. Boleh tahan kuat jugak team ni,belasah Damanhur 5-0. Lagi pun memang terkenal kekuatan diorang. Alhamdulillah boleh menang,itu pun penalti. Untuk pengetahuan,dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir,semuanya kami ditentukan melalui penalti. Kemudian peringkat separuh akhir kami bertemu dengan Negeri Sembilan,argghhh kenapa Negeri Sembilan?. Maaf la kalau aku cakap aku tak suka nak jumpa diorang. Sebab ikut pengalaman player diorang ada sepak kaki aku,pastu diorang agak kasar sikit,tu yang buat aku tension tu.



Tapi semua berjalan lancar,menang penalti 5-4. Akhir sekali kami jumpa balik dengan Kelantan,sebenarnya Mansurah dengan Kelantan ni macam ada cemestry,sebab goal keeper Kelantan budak Mansurah,dalam pasukan Mansurah pun ada yang asal Kelantan,tu yang buat 2 pasukan ni nampak baik semacam jer tapi kat luar padang la. Aku sendiri pun pernah main dengan liga diorang,tu yang ada kenal2 jugak.


Dalam final,memang kami banyak pegang bola,sampai penat jugak Kelantan. Mungkin aku rasa diorang pun harap penalti,sebab kelebihan dekat diorang ada goalkeeper cekap. Memang tu pun yang berlaku. Kami terpaksa akur la dengan kekalahan 4-2,tapi aku shoot penalti masuk. =) Aku suka main dalam pasukan ni,tak ada pemain bintang bukan penyebab kami tak boleh mara ke final.

Lepas habis main bola,kami semua dijamu makan di Maahad Tahfiz di Ibrahimiah,satu perkampungan di Zaqaziq. Teringat zaman sekolah dulu,main bola kat asrama dengan kawan-kawan. Untuk pengetahuan, maahad tahfiz ni dihuni oleh pelajar-pelajar yang dibawa dari Malaysia,kebanyakkannya berumur antara 9 tahun ke 19 tahun. Tapi ramai antara diorang ni kecik-kecik lagi. Tenang jer bila tengok muka diorang,lagipun aku dah lama tak balik Malaysia. Dapat jumpa diorang teringat kat adik-adik aku. Yuran maahad ni agak berpatutan,380 ringgit sahaja sebulan. Makan pun boleh kira mewah jugak,ayam dengan daging jer. Masa aku kat asrama dulu pun makan ikan jaket yang boleh tahan busuk,tapi makan jugak..hehe=). Budak-budak sini pun dah macam arab,kalau dah duduk satu kampung dengan arab,bersembang pun dengan arab jer,hebat la diorang nih. Kecik-kecik lagi dah boleh belajar dengan arab. Tapi diorang kat sini cuma 2 tahun jer,lepas 2 tahun kena hantar balik.

Comments

Dr Anisah Ali said…
:) Mabruk kepada kamu dan team kamu.

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....