Skip to main content

Summer menjelang


Assalamualaikum,,

Lama rasanya tak menaip,lepas je abis exam bulan lepas terus berjalan ke Alex,lepas tu tolong kawan-kawan yang nak balik Malaysia. Orang yang last sekali aku hantar kat airport setakat ni adalah Zul (AhlyBait). Zul pun balik Malaysia kelam kabut jugak,kesian kat dia. Tapi abang dia dah mintak dia balik. =) Kalau tak,mana dia sanggup tinggalkan aku ..=). Tapi yang hampesnya Zul ni,dia tak bagitau pun yang dia nak balik sampai la hari dia nak balik tu. Ahlybait yang lain semua tak tau kecuali beberapa orang yang rapat dengan dia. Itu takpe lagi,dah la dia nak balik,tapi siap boleh bangun lambat masa nak pergi Mator tu. Kami naik teksi jer pergi Mator. Pastu masa dia nak check-in tu,dia salam macam biasa je..macam nak balik Kaherah je. Hadoii..macam takde perasaan langsung. lawak-lawak..harap-harap Zul balik ni tenang-tenangkan fikiran dulu. Enjoy la ok. =)

Sekarang ni kena mula fikir apa aku nak buat pulak,sunyi la pulak rumah ni. Semalam baru je lepas baiki sinki rumah,dah macam tongkang pecah. Berselerak,tak berkemas..masak pun jarang-jarang dah. Lepas selesai,nak masak pun jadi semangat. Kalau tak rabbit (lipas) dah macam bela satu kandang..musim panas ni memang habitat dia la keluar mencari rezeki beramai-ramai. Nak marah pun macam mana kan? Dia tu Allah yang jadikan,ada la sebabnya.

Bila naik cuti,maknanya secara tak langsung duit pun macam air sungai yang mengalir dengan lajunya..=) Bukan taknak berjimat,tapi memang keadaannya mendesak untuk mengeluarkan lebih perbelanjaan. Bayangkan,kalau balik Kaherah sahaja..nak tak nak memang kena keluar duit lebih. Satu,untuk makan..kadang-kadang kita yang menumpang rumah orang ni segan nak masak kat rumah orang. Jadi,altenatifnya kita cari kedai makan,kawan-kawan kat sana pun tak la rajin sangat nak masak,ala macam aku jugak. Dua,kalau nak keluar jalan-jalan kat Kaherah ni,memang mahal sikit tambang teksi dia,memang beza la dari duduk muhafazah. Buat masa ni aku kurang keyakinan la nak naik bas,cuaca panas sekarang ni kot yang tak mengizinkan,hari tu suhu kat Kaherah cecah 38 darjah celcius,amacam,ader bran? ..=)

Cuti pun memang tak leh nak duduk diam kat rumah jer,kalau ada program kat Kaherah kena la turun jugak. InsyaALLAH dalam masa terdekat ni nak balik Kaherah sebab exco Negeri Selangor nak datang,lepas sibuk pulak dengan program Piala Malaysia,nak kena cari jersi baru lagi. Tengok! banyakkan nak keluar duit..cuba mintak elaun lebih sikit la kot dari Malaysia..=)

Comments

Dr Anisah Ali said…
mintak 6 juta dari Muhammad Azmi tu... :P

Rabbuna Yusahhilak Cik Saiful Islam..
Moga Allah mudahkan urusan, bukakan jalan. Harapnye semua baik-baik untuk enta. :P

*Hari skema*

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...