Skip to main content

Ramadhan bulan berkat



Bismillah..

Alhamdulillah setelah seminggu berpuasa,terasa ketenangan dalam bulan Ramadhan ni,banyak benda dapat buat sebab dah buang waktu makan dan minum. Dulu masa lepas kawan-kawan balik Malaysia,rasa sunyi yang amat. Tapi sekarang ni alhamdulillah dah mula stabil. Fikiran pun dah tak serabut lagi,taknak fikir sangat pasal Malaysia,walaupun rindu dah capai tahap menggila. Tambah bila tengok gambar kawan-kawan kat FaceBook.

Cuti-cuti ni alhamdulillah dapat join kelas-kelas agama,terima kasih banyak pada tenaga pengajar. Banyak sangat ilmu yang nak kena cedok untuk diri yang jahil ni. Mudah-mudahan dapat manfaat dari kelas-kelas tu semua. Maklumlah,kat kuliah aku tak berkesempatan nak belajar ilmu tauhid dengan hadis,sebab tak ada dalam qarar kos yang aku belajar sekarang ni.

Puasa tahun ni memang sederhana. Baba Samir belakang rumah yang selalu jemput kami berbuka dah meninggal sebelum masuk puasa hari tu. Jadi kami berbuka kat tempat lain,syukur ada yang masih nak menjemput. Dapat simpan duit bulanan sikit.


Tapi bila malam dah tak tau nak buat apa,sebab masjid belakang rumah tu selalu dia buat terawih 8 rakaat jer,yang aku pulak memang jenis tak boleh tidur malam kalau masuk bulan puasa nih,sebab malam pendek,leka duk depan komputer,tau-tau dah masuk sahur. Jadi kadang-kadang kalau tak boleh tidur tu tengok cerita jer la. Sekarang ni tengah hangat cerita Nur Kasih. Jalan cerita sekarang ni semua banyak pasal pertembungan sekular dengan agama, agak menarik. Tapi penyampaian kena sesuai jugak,jangan bagi sampai orang keliru.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...