Skip to main content

Ganyang Malaysia atau Indonesia?


Bismillah..

Disini 'aku' terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang apa yang sedang berlaku di tanah air tercinta Malaysia. Rasa hati begitu membuak-buak kemarahan atas apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini,apabila terbaca di dada akhbar tentang kemelut yang sengaja dibangkitkan oleh pihak negara jiran Indonesia. Minta maaf dipohon kerana menggunakan dhomir 'aku',kerana kemarahan ini,aku terpaksa menggunakannya.

Aku akan cuba untuk menghalang penulisan ini dengan menggunakan emosi,sebaliknya berpandukan fakta dan sejarah. Hari ini kita melihat apa yang sedang dilakukan oleh pihak negara jiran seumpama berperangai seperti budak kecil. Cuba membangkitkan kemarahan Malaysia bagaikan tak punya kedaulatan. Hanya dengan beberapa masalah kecil,mereka (Indonesia) begitu mudah untuk melenting. Tidak adakah jalan penyelesaian? Fikirkanlah wahai Indonesia.

Minggu lepas kalau tak silap,aku ada terbaca tentang sebuah universiti di Indonesia akan menghalang pengambilan penuntut baru di universiti tersebut dengan alasan Malaysia telah 'merompak' satu tarian milik Indonesia kononnya yang berasal dari Bali. Dan yang terbaru,warga Malaysia di Jakarta telah diugut bunuh oleh warga tempatan. Jelas dengan terang-terangan perkara ini berbaur perkauman. Sebenarnya,bukan itu sahaja.. ibarat 'luka lama berdarah semula',Indonesia cuba untuk memperbesarkan hal-hal yang remeh semata-mata mendapatkan alasan menghentam Malaysia. Bahkan dari dulu lagi Indonesia sememangnya cemburu dengan apa yang telah dicapai oleh Malaysia. Ingat! kita (Malaysia) pernah menerima nasib ini seperti yang tercatit di dalam sejarah, sebagaimana 'Ganyang Malaysia' yang diasaskan oleh Presiden Sukarno hampir meragut kedaulatan kita.

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh,Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri" (Surah Luqman; Ayat 18).

Aku menulis bukan tujuan untuk mengapi-apikan kedua belah pihak. Tetapi sebagai renungan kembali apa yang pernah terjadi antara antara kita. Wahai Indonesia,jangan mudah untuk menyalahkan segalanya walaupun apa yang terjadi antara kita. Jangan lupa segala jasa baik yang pernah Malaysia hulurkan pada kalian. Lihat tragedi tsunami yang melanda Acheh ,siapakah yang mula-mula menghantar bantuan ke sana? Lupakah kalian akan makanan,pakaian dan semua kelengkapan itu dihantar dari Malaysia? Siapakah yang akan menyelamatkan rakyat kalian, jika 'tongkang' yang membawa pendatang haram karam? Siapakah yang masih menerima rakyat kalian untuk bekerja di Malaysia? Siapakah yang sudi untuk membantu kalian jika tidak jirannya sendiri. Apalah gunanya berperang jika kerana hal yang remeh,tak malukah kalian berperang sesama muslim sedangkan musuh bersenang-lenang melihat telatah kita.

Kadang-kadang aku juga pelik dengan sikap rakyat Indonesia,tak kira yang berada di Malaysia mahupun di negara padang pasir ini. Kalian kata kalian adalah bangsa terbaik,bangsa yang 'berkualitas' seperti mana yang aku lihat sendiri di laman youtube. Tapi itu hanyalah sandiwara, kalian ingatkah lagi peristiwa bunuh dan bakar penuntut Malaysia di Mesir dilakukan oleh siapa? Bukankah dari orang kalian? Kalau diikutkan perasaan dan hawa nafsu,banyak lagi 'hutang' yang kami perlu tuntut,tapi kami hanya pejamkan mata.

"Jangan lupa segala jasa baik yang pernah Malaysia hulurkan pada kalian. Lihat tragedi tsunami yang melanda Acheh ,siapakah yang mula-mula menghantar bantuan ke sana? Lupakah kalian akan makanan,pakaian dan semua kelengkapan itu dihantar dari Malaysia? Siapakah yang akan menyelamatkan rakyat kalian, jika 'tongkang' yang membawa pendatang haram karam? Siapakah yang masih menerima rakyat kalian untuk bekerja di Malaysia? Siapakah yang sudi untuk membantu kalian jika tidak jirannya sendiri"

Adakah dengan meng'gayang' Malaysia,kalian dapat mengambil tanah kami? Oh, tidak akan sesekali kami rela. Ingat! sekali hati kami diusik,hati Malaya tetap boleh bersabar.Tapi ingat! hati Malaya juga tak akan selamanya berdiam. Sekali kami melangkah,kami tak akan undur. Fikirlah dalam-dalam,jangan terlalu mengikut perasaan dan nafsu semata-mata. Kita dijadikan dengan akal fikiran agar dapat sama-sama bersatu padu. Pulanglah,bantulah negara kalian jika ingin maju seperti Malaysia. Ambil ikhtibar bagaimana kami boleh menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia. Tak guna berperang jika hanya gembira melihat pertumpahan darah.


Comments

Anisah Ali said…
Good...Strong and Critical.

=)

The more we read, the wiser we get.
Anonymous said…
mossad game based in singapore. enough to destroy two muslim countries, self destruct mode. indonesia will never be able to invade malaysia. both countries cannot win over the other. however, the war between the two will be enough to break both down to its knees, and to start from scratch again

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....