Assalamualaikum,, 'Macam negara sendiri', ini yang kami rasa masa tengok Mesir lawan Algeria separuh akhir Piala Afrika. Penuh bersemangat duduk depan tv,yang tak pernah main bola pun jadi teruja tengok corak permainan Mesir. Memang diakui permainan Mesir tak pernah mengecewakan,tapi bila bertembung dengan musuh ketat Algeria, menambahkan lagi aroma kehebatan Mesir. Kami yang di Mesir ni memang perasan sangat permusuhan yang dah berlarutan dari tahun 1978 ni,dan memang menantikan saat pertembungan balas dendam Mesir-Algeria. Banyak faktor yang menjadi duri dalam daging dua negara arab ini. Dari pelbagai aspek,tak dinafikan mereka ni ibarat gunung berapi menunggu letus. Sebenarnya, sejak dari perlawanan sebelum ni yang menjadi topik hangat dalam arena bola sepak sedunia,bila perlawanan kelayakan piala dunia yang dilangsungkan di kedua-dua negara mencetuskan kekecohan. Banyak insiden pukul dan vendalisma turut menjadi pembakar. Alhamdulillah,syukur Mesir dapat melang...
berjalan dan bermusafirlah