Skip to main content

Damsyik dan Istanbul #5




Setelah 4 hari di Istanbul, kami tiba kembali ke Damsyik. Pengembaraan Syria diteruskan lagi ke Bosra dan Nawa. Trip kali ini akan mengambil masa selama 2 jam, maka kami berpakat untuk  menyewa sebuah van memandangkan ramai yang akan ikut serta.



(Teater Rome)

Bosra, suatu kawasan penempatan lama tapi masih mengekalkan kesan-kesan sejarah yang begitu bernilai. Bagaikan satu kota yang ditinggalkan. Sangat jelas kelihatan bekas-bekas bangunan lama, tinggalan pasar,  menceritakan bahawa kawasan ini pernah suatu ketika dulu menjadi tumpuan manusia di timur tengah ini. Sampai saja disana,kami terus menuju ke Teater Rom,agak biasa pada pandangan aku mungkin kerana banyak teater roman dibina di beberapa negara jajahan Rom suatu ketika dahulu. Namun masih menjadi tarikan mata untuk mengagumi tempat ini.


(Mabrak AnNaqah)

Kemudian kami terus ke gereja lama kepunyaan Buhaira`,paderi yang dikatakan telah mengesan kehadiran Abu Talib dan Rasulullah S.A.W ketika baginda mengikut rombongan niaga di Syam. Gereja yang agak usang tapi begitu indah seni binanya. Dan kami ke rumah ibadat Buhaira`,tempat Buhaira` memencilkan diri untuk beribadat. Dan kami berpeluang ke Masjid Mabrak Naqah (Masjid tapak kaki unta), masjid yang disinggahi Rasulullah S.A.W untuk beribadat sambil diikuti untanya,dan masih lagi jelas kesan tindihan lutut unta baginda itu. Sayang sekali kawasan itu tak dibangunkan.

Nawa, kawasan yang berada di selatan Syria dan jelas semasa perjalanan kami akan Bukit Golan,bukit yang menjadi perebutan antara Syria dan Israel. Ini jelas semasa kami melalui di kebun-kebun berhampiran. Di Nawa ini kami menziarahi maqam Nabi Ayub A.S dan anaknya. Kawasan maqam yang terletak di kawasan pertanian kelihatan tenang dan menyenangkan begitu juga penjaga maqam yang begitu ramah. Seterusnya kami menziarahi 'Hammam Nabi Ayub A.S' ataupun tempat untuk Nabi Ayub A.S membersihkan diri dan sebagainya. Waktu hampir petang,kami terus pula ke maqam Imam Nawawi sambil menjamah makanan tengahari di situ. Kawasan yang terletak bersama perkuburan masyarakat tempatan agak hening dihiasi lanskap semulajadi rumput yang menghijau. Untuk pengetahuan. Maqam Imam Nawawi ditumbuhi sebatang pokok diatasnya dan jelas kelihatan tulisan nama Allah S.W.T di dahan pokok tersebut.

(maqam Imam Nawawi)


Waktu petang kian tenggelam,kami bersiap untuk menamatkan perjalanan hari ini yang penuh bermakna,dan dihujung perjalanan hari tersebut kami singgah sebentar di Maqam Habil AS anak Nabi Adam AS.  satu perkara lagi sebelum terlupa. Semasa dalam perjalanan pulang saya terkejut dengan kewujudan sebuah universiti yang berada kawasan padang luas bagaikan tempat latihan perang,bagaimanalah agaknya penuntut-penuntut di situ kan? Universiti Arab Eropah itulah namanya. Kalau ada rezeki nanti carilah ya!

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...