Skip to main content

Abuya








Assalamualaikum..

Nak cerita sikit kat sini,semalam abuya call, dia mintak ana ubah gambar blog. Dia mintak letak gambar yang elok sikit. Mula-mula dia cakap letak gambar elok-elok kat blog tu. Ana ingatkan ana dah buat salah letak gambar yang kurang sopan. Dia cakap ramai yang lawat blog ana ni. Minta maaf pada yang rasa kurang senang dengan blog ana ni,dan terima kasih juga sebab sudi melawat,takde apa-apa pun dalam blog ni cuma sekadar nak bercerita dengan kalian. Pengalaman yang ada sikit-sikit ni boleh kita kongsi sikit macam makan nasi dalam talam. =)

Cuma niat ana nak bantu ayah promosikan sekolah dia,jadi ana rasa tak salah kalau dapat bagi sumbangan sikit. Kuranglah sikit beban abuya. Sebenarnya ana menyesal,kadang-kadang tu rasa macam nak menangis sebab tak dapat nak balas jasa sebagai hubungan ayah dan anak. Terfikir juga,kalaulah abuya fikir menyesal dapat anak macam aku ni,menangis pun tak guna.

Masa abuya nak bangunkan sekolah dia tu,banyak susah payah dia yang dia dah korbankan. Kalau kira-kira balik memang tak terhitung. Dengan duit tu jugak la aku dengan adik-adik yang lain dapat sambung belajar,dapat makan minum,dapat pakai baju elok-elok. Kehidupan kami memang tak sama dengan kehidupan dia masa kecik. Susah dia dulu 10 kali lebih susah dari apa yang kami dapat sekarang ni. Bila dah berjauhan ni baru terasa nak dekat dengan dia. =(

Sempat tak aku nak berjasa pada abuya?aku takut bila aku dah balik nanti,masing-masing ada tanggungjawab sendiri,takut terabai dan tak sampai hajat. Tapi aku nak dia tahu walau siapa pun aku,aku cuba untuk jadi seperti apa yang dia inginkan. Aku nak dia bangga dengan Saiful Islam.

p/s: Terima kasih pada yang sudi ziarah blog ana... =)

Comments

Anisah Ali said…
sentiasa sudi.menarik cerita pasal abuya ni.
sdey jugak aku bace..huk3...
nadia penah citer kat aku b4 nie psal sek tu..hehe...
gd lck korg ber3 sume duk mesir..hOhO

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...