Skip to main content

Mabruk Ya Masr...Yaaaaa Masr!!!!!





Assalamualaikum,,

'Macam negara sendiri', ini yang kami rasa masa tengok Mesir lawan Algeria separuh akhir Piala Afrika. Penuh bersemangat duduk depan tv,yang tak pernah main bola pun jadi teruja tengok corak permainan Mesir. Memang diakui permainan Mesir tak pernah mengecewakan,tapi bila bertembung dengan musuh ketat Algeria, menambahkan lagi aroma kehebatan Mesir. Kami yang di Mesir ni memang perasan sangat permusuhan yang dah berlarutan dari tahun 1978 ni,dan memang menantikan saat pertembungan balas dendam Mesir-Algeria.

Banyak faktor yang menjadi duri dalam daging dua negara arab ini. Dari pelbagai aspek,tak dinafikan mereka ni ibarat gunung berapi menunggu letus. Sebenarnya, sejak dari perlawanan sebelum ni yang menjadi topik hangat dalam arena bola sepak sedunia,bila perlawanan kelayakan piala dunia yang dilangsungkan di kedua-dua negara mencetuskan kekecohan. Banyak insiden pukul dan vendalisma turut menjadi pembakar.



Alhamdulillah,syukur Mesir dapat melangkah ke final selepas menumpaskan Algeria 4-0 dengan perlawanan tidak seimbang kerana 3 pemain Algeria dibuang padang,dan memang dari sini dapat dilihat permainan yang tidak profesional oleh Algeria kerana mereka ni negara yang bakal bermain di piala dunia,memang ramai yang mengkritik kerana Algeria tak menunjukkan semangat kesukanan. Semalam perasan di berita,Ahmad Zidan kata perlawanan separuh akhir ni diisyriharkan perang. Memang menarik...tapi hanya untuk dalam perlawanan ni sahajalah. Bangsa arab ni terkenal dengan ke`asabiahan` dia. Jadi tak hairanlah benda-benda macam ni terjadi. Apa-apa pun tahniah Mesir..Ana Musyaaga` Masr.

p/s: InsyaALLAH,piala afrika ketiga berturut-turut.

Comments

Anisah Ali said…
memang best tengok semalam! :)

Support misr~

or, perhaps, algeria macam tak heran dah kat mesir nak menang african cup ni kerana algeria dah dapat masuk World cup.. Any comment?
Malkisideeq said…
tk kisah..janji gua sorak tgok mesir main..haha..tak penah2 sorak tgok mesir main..
gua lak sorak kalo tgk shareez main..
:P

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Sebarkannya..

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menikmati sisa hidup di dunia yang seakan membenci dengan kerenah manusia yang pelbagai. Syukur kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana masih memberikan ruang untuk hambanya bertaubat dan menilai kembali hikmah dilahirkan ke dunia ini. Dalam sedar tak sedar,saya telah menetap di dunia Allah ini selama 23 tahun. Saya sendiri tidak tahu apakah hikmah kelahiran saya di bumi Allah. Adakah semata-mata untuk melakukan maksiat dan sebagainya. Selalu kedengaran cakap-cakap; "ala,nama pun manusia,mestilah ada salah dan silap" .. Tapi takkan dengan ungkapan ini memberi isyarat untuk kita sering melakukan maksiat dan terus melakukannya. Tuhan memberi akal dan fikiran untuk memilih cara hidup dan jalan kehidupan masing-masing,dan kita dibekalkan dengan hawa nafsu untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Terkadang selalu bermain dalam fikiran,bagaimanakah nanti pengakhiran kehidupan,baik atau sebaliknya...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....