Skip to main content

Muhammad S.A.W


Assalamualaikum...

Dikesempatan yang diberi oleh Allah untuk ana terus menulis blog peribadi yang tak seberapa ni. Moga sedikit sebanyak membantu ana untuk belajar menulis. Teringat kata-kata sahabat ana semalam..'kita cuba untuk berubah,sedangkan penzina pun wajib untuk mencegah orang lain dari berzina'.

Esok adalah tarikh bersejarah untuk kita sebagai umatnya,walaupun masyarakat terdahulu tidak menyambut. Tapi kini demi kemaslahatan umat sejagat juga untuk menta'birkan kecintaan kerana tak pernah bersua dengan baginda,maulid nabi akan lebih mendekatkan kita kepada 'role model' sepanjang zaman..Muhammad S.A.W.

Abu lahab bergembira dgn kelahiran Nabi dan membebaskan hambanya thuaibiah kerana dia yg membawa berita gembira tersebut. Maka Allah meringankan azab Abu lahab di neraka jahannam. (HR Bukhari)

InsyaALLAH,marilah bersama kita hayati perjalanan liku-liku kehidupan baginda. Teringat ana pada satu buku yang menceritakan tentang 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Ana tahu semua dapat mengagak buku tu serta penulisnya. Tapi apa yang ana kagum,ketokohan baginda meliputi segenap aspek,tak kira pada dirinya,pada isteri,anak-anak,sahabat,serta pada segenap lapisan umat.

Disini suka ana kaitkan dengan dalil. InsyaALLAH akan memberi kekuatan dalam hujah kita.

(ذاك يوم ولدت فيه ويوم بعثت أونزل علي فيه)
Maksudnya: Pd hari tersebut adalah hr kelahiranku dan hari aku dibangkitkan sebagai Rasul atau diturunkn Quran pd ku. (HR Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...