Skip to main content

Agama Shabiah


(Sekadar gambar hiasan)

Assalamualaikum..

Mata aku tertumpu pada kalimah ini,sangkaan aku seperti kalimat asing yang sentiasa kutemui dalam kitab-kitab pengajianku,maka aku terus mencapai kamus disebelah untuk diteliti maknanya. Ternyata kalimah ini baru pertama kali aku temui,terus aku meneka apakah makna yang sebenarnya. Tapi ternyata ia agak baru bagiku- kalimah Soeibah-,didalam kamus rujukanku ia memberi maksud penganut agama shabiah.

Sungguh aku tak pernah dengar. Dalam 'post' yang sebelum ni,aku pernah memberi sedikit gambaran tentang agama Bahai. Kali ni agama Shabiah pula,aku masih tertanya-tanya macam mana bentuk agama ni. Kali ni aku terus mencari di internet...Alhamdulillah dunia tanpa sempadan ini tidak mengecewakan aku.

Baiklah,sedikit sebanyak dari apa yang aku faham. Agama Shabiah ini telah wujud sebelum kedatangan agama Masihi,ianya banyak dianuti di kawasan timur tengah seperti Mesir,Tanah Syam,Iraq,Iran dan kawasan yang berhampiran. Asas agama ini mirip dengan agama Samawi,iaitu mengakui bahawa tuhan itu maha esa,tidak beranak dan tidak diperanakan malahan ia juga mengakui bahawa tuhan itu tidak berbentuk juga tiada awal dan akhirnya. Agama ini juga menetapkan penganutnya untuk melakukan apa yang ditetapkan oleh agama seperti solat,puasa,mengeluarkan zakat juga menegah melakukan perkara yang ditegah agama seperti memakan riba,berzina,bunuh dan sebagainya.

Tetapi disini timbul khilaf antara Shabiah dengan Islam ialah mereka menolak nabi,mereka mengatakan bahawa nabi itu sama dengan kejadian mereka tiada yang lebih dan tiada yang kurang.Tetapi apabila ditanya bagaimana mereka boleh mendapat agama ini,mereka menjawab ianya bermula dari Nabi Syits dan Nabi Idris (A.S). Pelikkan? Mereka menolak Nabi tetapi dalam masa yang sama mereka menerima kehadiran Nabi Syits dan Nabi Idris (A.S).

Untuk lebih memahami tentang konsep agama ini boleh layari disini : Agama Shabiah.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...