
Assalamualaikum,
Untuk post kali ni,aku nak cerita sedikit tentang amalan dari amalan-amalan yang dituntut dalam islam iaitu sedekah. Seperti yang kita ketahui amalan bersedekah ni sangat dianjurkan islam. Malah ia diangkat sebagai amalan yang mulia seperti mana yang difirmankan oleh Allah (s.w.t) dalam surah Al-Baqarah.
Ketahuilah bahawa dengan mengeluarkan sedikit dari apa yang kita ada ini tidak sedikitpun boleh menjejas dan mengurangkan kewangan kita,malahan ia lebih diberkati dan akan ditambah lagi oleh Allah (s.wt). Janganlah takut untuk kalian bersedekah,kerana jika kalian mula merasa takut dengan pengurangan harta apabila bersedekah,itu hanyaklah bisikan syaitan.
Banyak kelebihan dengan mengeluarkan sedekah yang dicatatkan didalam nas hadis. Dan antara kelebihan-kelebihan tersebut adalah:

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari).

Selain dari pada itu,Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad).

Dan juga,Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani).
Comments