Skip to main content

Ujian Allah


Assalamualaikum,

Minggu-minggu menghampiri peperiksaan ni,macam-macam ujian mendatang bertali arus ibarat satu gelombang. Antaranya adalah keputusan pihak atasan Universiti Al-Azhar yang mencadangkan perpindahan semua penuntut wafidin (Pelajar asing) ke Kaherah,maka telah diadakan satu pertemuan dua hala antara pihak universiti dengan pelajar.

Perbincangan yang membangkitkan hal-hal semasa seperti mana yang diatas,kemudian masalah-masalah yang berbangkit juga permasalahan perkuliahan.Pada mulanya majlis berlangsung agak harmoni dengan bacaan Al-Quran oleh wakil majlis perwakilan pelajar universiti (pelajar arab). Kemudian kata-kata aluan oleh dekan kuliah. Namun majlis bermula tegang apabila wakil syuun kuliah mula menyalahkan penuntut-penuntut wafidin dalm pelbagai masalah,ditambah lagi dengan pengumuman wakil syuun wafidin Kaherah yang mahukan penukaran penuntut ke Kaherah.

Pertanyaan bertali arus dari pihak penuntut juga membuatkan mereka (wakil syuun wafidin) tak senang duduk dengan keadaan ini.Melihat keadaan ini,dekan kuliah tersenyum dengan tindak balas kami sebagai mahasiswa,mungkin dia juga mahukan kami kekal di Mansurah. Tetapi tindak balas kami dengan melontarkan beberapa soalan membuatkan mereka tak senang duduk,lantas salah seorang dari mereka bangun dan merampas mikrofon dan meminta wakil pelajar duduk,memang agak biadap dengan caranya seolah-olah tidak menghormati kami sebagai orang yang sepatutnya didalam majlis itu.

Selang beberapa hari,aku terima kiriman email mengutuk pegawai JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah)yang didakwa telah menfitnah pengerusi DPMT (Tanta). Heboh satu Facebook,budak-budak ni pakat buat satu 'group' untuk hantar pulang pegawai ni.

Tak cukup dengan tu,sekarang ni heboh pula pasal pelajar Qiraat Al-Azhar (Akhawat) tak boleh ambil imtihan. Sebabnya aku kurang pasti,tapi dari dengar-dengar angin yang bertiup ni katanya,pihak kedutaan tak lengkapkan beberapa dokumen yang membolehkan pelajar-pelajar ni mengambil imtihan. Kesian pula bila tengok ahli majlis tertinggi DPMM (Mansurah) duk ulang alik selesaikan masalah ni,diorang pun nak imtihan juga,tapi kena seleaikan masalah orang dulu. Mudah-mudahan Allah bagi jalan kat korang. InsyaALLAH.


p/s: Ya Allah,kau mudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami. Lapangkanlah jalan untuk kami sentiasa di jalanMU. Kuatkanlah kami untuk menerima ujian dariMU ini.Kuatkanlah iman-iman kami. Sesungguhnya dari engkau (Allah) kami datang dan kepada engkau (Allah) kami kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...