Skip to main content

Jaga bakal mama

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,hari ni bila tengok keadaan 'mama' yang dah kurang alahan dia. Kesian sangat kat 'mama' bila datang alahan yang teruk sampai tak boleh nak makan atau bau dapur. Dulu ingatkan kalau mengandung ni sakit masa nak beranak je,tapi rupanya dalam 'perjalanan' lagi dah kena.

Harap-harap lepas ni takde dah alahan yang teruk-teruk. 'Mama' selalu doa,harap-harap dengan alahan dia yang kuat ni mudah-mudahan boleh dapat anak lelaki..insyaALLAH. 'papa' ni pun kena la kuatkan sabar,sekali-sekala tak boleh memasak kat rumah sebab sayang kat 'mama' yang tak boleh bau masakan.

'Mama' makin sensitif dengan bau,dah jadi pakar membau. Pantang ada bau pelik sikit je dia dah boleh ditect,power jugak hidung 'mama' sekarang. tu pasal kalau 'papa' nak masak atau nak makan benda pelik-pelik kena mintak izin dengan 'mama',kalau dia senyum ok la,tapi kalau dia lambat respon atau mulut dia lain macam sikit maka 'papa' pun paham-paham la. hehe.

InsyaALLAH sekejap je ni,lepas ni dah nak balik kampung jumpa 'tokba' dengan 'nekma'. Teringat pulak dekat summer,winter,autumn dan spring. Macam mana entah keadaan diorang sekarang. Rasa-rasanya dah lebat sikit kot bulu diorang. Balik Malaysia nanti 'papa' nak buatkan rumah baru,jadi kena cari nafkah lebih sikit la ni.

Ok sampai sini je,nak mandi dulu...

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...