Skip to main content

Mama Tulip,Papa Handsome.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,semalam Sabtu 11 Jun 2011, Tulip selamat melahirkan 7 ekor anak,tapi 3 daripadanya meninggal tak tahu punca. Ceritanya macam ni, semalam adik aku bawak Handsome dengan Tulip pergi klinik sebab dua-dua kena jangkitan dekat kaki. Penyakit ni memang biasa kat arnab,cuma aku terlupa nak bagitahu dekat diorang suruh bawak pergi jumpa doktor. Sepatutnya dalam usia 2 bulan lebih dah kena pergi bawak klinik. Sekarang ni usia diorang dah dekat 6 bulan,dah dewasa sangat dah.

Bila sampai je klinik,adik aku uruskan semua dan doktor pun bagitahu kena ambil ubat cucuk sebab kaki dia dah teruk sikit,Handsome nampak teruk mak aku cakap,tapi Tulip kurang sikit. Bila sampai je kat rumah macam biasalah,adik aku pun masukkan dalam sangkar. Lepas tu mak aku nak keluar rumah,tiba-tiba dia nampak anak arnab kat luar sangkar,apa lagi menjerit la sebab mak aku ni geli tengok benda-benda ni. Mak aku panggil adik-adik aku turun suruh uruskan arnab-arnab tu. Sampai sekarang mak aku tak boleh nak tengok,dia kata takut mengigau. hehehe. :)

Sekarang ni alang-alang dah ada 4 ekor arnab,dan kebetulan pulak kawan aku iefiz cadangakan letak nama 'summer',jadi aku nak cukupkan semua jadi 'winter' 'spring' dan 'autumn, ok tak ?



Comments

barli ais :) said…
summer adalah nama yang comel ;) hahaha! satu penghargaan! hahaha! :D

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...