Skip to main content

Saad Bin Abi Waqas




Saad merupakan salah seorang daripada bapa saudara Rasulullah. Beliau ketika jahiliyahnya, merupakan seorang tokoh yang sangat kaya raya. Ia memeluk Islam ketika umurnya tujuh belas tahun (ada yang mengatakan 19 tahun, ada pula yang mengatakan 23 tahun). Beliau memeluk Islam ketika penganut agama ini baru 4 orang, tetapi ada yang meriwayatkan 6, dialah yang ke-7. Oleh sebab itu, beliau termasuk dalam golongan 'as-sabiqunal awwalun'.

Biasanya, orang-orang intelek berasa bosan dengan pelbagai tradisi yang mengongkong kaumnya. Mereka ingin segera keluar dari konkongan itu. Begitu jugalah Saad bin Abi Waqas. Lantaran itu, dia memeluk Islam. Apa yang paling menakjubkan, saat jiwa-jiwa yang beriman ini sudah berinteraksi dengan dakwah, maka imannya akan semakin kukuh dihatinya. Saad telah berkata, ” Tatkala ibuku tahu bahawa aku telah memeluk Islam, dia berkata, ” Kau telah murtad. Demi Allah, jika engkau tidak kembali kepada agamamu semula, saya tidak akan makan dan minum sehingga engkau kembali kepada agama asalmu” lalu aku pun menjawab, ” Demi Allah, jika ibu memiliki seribu nyawa sekalipun, kemudian satu demi satu nyawa itu dicabut keluar, saya tetap tidak akan kembali kepada agama asal saya. Sebaiknya ibu lupakanlah nazar ibu itu.” Maka ibunya pun meneruskan nazarnya itu sehari semalam. Ketika ia melihat perbuatannya itu tidak memberi manfaat apa pun, akhirnya ibunya pun mula makan dan minum. Untuk itu, Allah telah menurunkan ayat ini yang bermaksud:


15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.


Saad bin Abi Waqas kini telah berhijrah dari jahiliah menuju Islam. Ia mula mendampingi Rasulullah. Ketika datang perintah hijrah, maka beliau pun ikut berhijrah. Ketika datang semboyan peperangan, maka ia pun turun sama dalam medan jihad hingga ia hampir menyertai seluruh peperangan. Maka Nabi s.a.w. telah memberinya khabar gembira dengan ganjaran syurga buat dirinya. Ia memiliki beberapa peristiwa menonjol dalam pelbagai peperangan. Salah satunya, ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepada pasukannya, ” Akan datang seorang lelaki soleh dari hamba-hamba Allah yang menjagaku.” Perang belum selesai, tetapi tiba-tiba Saad bin Abi Waqas telah berada dekat dengan Rasulullah. ” Apa yang membuatmu datang ke sini?” tanya Rasul s.a.w. ”Semalam saya merasakan akan terjadi sesuatu yang tidak baik, maka saya datang untuk menjagamu,” jawab Saad.

Dalam perang Uhud, beliau merupakan seorang pemanah yang ulung. Rasulullah s.a.w menyerahkan kantung anak panah kepadanya dan berkata, ”Panahlah wahai Quraisyiy, tebusannya adalah ibu dan bapaku.” Rasulullah s.a.w. tidak menyebut bapa dan ibu dalam kejadian serupa ini kecuali untuknya. Baginda s.a.w. telah berdoa untuknya ”Ya Allah, penuhilah permohonannya dan tepatkanlah panahannya.” Maka Saad tidak pernah meninggalkan Rasulullah s.a.w. sesaat pun selama peperangan berlangsung.

Saad bin Abi Waqas terus berjihad bersama para mujahidin hingga datang masa Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Pada masa inilah, Saad menjadi panglima. Abu Bakar memang sangat mengambil berat tentang kemaslahatan kaum muslimin, sehingga pada saat-saat menjelang sakaratul maut, ia telah berpesan, ”Wahai Umar, saya berwasiat kepadamu tentang Saad bahawa kebaikan bersamanya. Jika saya meninggal nanti, janganlah kemaslahatan kaum muslimin engkau abaikan kerana apa jua bentuk kesibukan. Saya telah mengetahui apa yang dikehendaki Parsi terhadap mereka...”

Berlalulah masa Abu Bakar, Umar kini ingin melaksanakan apa yang diwasiatkan oleh Khalifah pertama. Beliau pun menghimpun para sahabat dari kalangan ahlil halli wal ’aqdi. Beliau mengusulkan kepada mereka jiakalau dirinya yang akan memimpin tentera Islam untuk menghadapi Parsi, tetapi mereka mengusulkan agar Khalifah tetap berada di Madinah untuk menyelesaikan masalah-masalah dalaman. Maka pengganti pun dicari dan pemilihan dilakukan. Seluruh ahlil halli wal ’aqdi sepakat dan bersetuju mengangkat Saad bin Abi Waqas sebagai panglima. Beliau telah diperintahkan untuk membahagikan pasukan muslimin menjadi beberapa kumpulan yang dianggotai sepuluh orang parajurit. Setiap kumpulan dipimpin oleh seorang komandan.

Saad kini telah tampil sebagai seorang panglima. Beliau membuat kem tentera di Qadisiah. Sebelum menyerang Parsi, beliau memilih 8 orang dari pasukannya di antaranya Nu’man bin Mundzir untuk menyampaikan kepada pihak Parsi apa yang diinginkan pasukan muslimin. Nu’man berkata kepada sesama 8 orang yang dipilih itu, ”Jika kalian mahu, saya akan berbicara kepada mereka tentang kalian, atau salah seorang dari kalian yang berbicara.” 7 orang yang lain menjawab, ”Bicaralah engkau mewakili kami!”

Ketika sudah berada di Istana Kisra (Raja Parsi), sang Raja bertanya,”Apa yang kalian bawa?” Nu’man menjawab, ”Allah telah menganugerahkan kasih sayang-Nya kepada kami dengan mengutus seorang Rasul. Ia memerintahkan kami untuk berbuat baik dan melarang kami mengerjakan keburukan, serta menjanjikan untuk kami syurga. Kami mengajak kalian untuk memeluk agama kami. Jika kalian memenuhi ajakan kami maka kami tinggalkan Kitab Allah agar kalian berhukum dengannya, dan jika kalian menolak maka kalian harus membayar jizyah, dan kalian dalam keadaan terhina. Jika semua ditolak, maka kita bersedia untuk berperang.”

Serta-merta sang Kisra pun bangkit dengan menyebut keburukan-keburukan perilaku dan kebodohan-kebodohan bangsa Arab. Tampillah Mughirah bin Zararah, ”Adapun yang engkau katakan tentang kebodohan dan keburukan perilaku Arab, benar adanya. Namun itu semua dahulu sebelum kedatangan Islam. Adapun sekarang, engkau menyerah atau kau beri jizyah dengan penuh kehinaan.”

Setelah itu, Kisra memerintahkan untuk memberinya tanah. Tanah itu diletakkan di atas kepala semua utusan. Tatkala utusan itu kembali menghadap Saad, dia bertanya penuh kehairanan, ”Apa maksud tanah ini?” ”Allah menjadikan tanah negeri ini milik kita,” jawab mereka.

Kemudian Panglima Saad mengutus lagi utusan lain yang terdiri dari tiga pegawai. Ternyata mereka (Parsi) tidak menginginkan sesuatu pun selain perang. Maka pasukan muslimn pun maju bertempur melawan pasukan Parsi, dan akhirnya kemenangan bagi kaum Muslimin. Mereka kemudian mengangkat Saad menjadi Raja.

Tatkala Saad bin Abi Waqas tiba di Istana Kisra, ia menjadikan tempat itu sebagai tempat solat. Mengiringi itu, beliau membacakan ayat 25-29 dari suah Ad-Dukhan yang bermaksud:


25. Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan,
26. Dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah-indah,
27. Dan kesenangan-kesenangan yang mereka menikmatinya,
28. Demikianlah. dan kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain.
29. Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...