Skip to main content

Sang pejuang Mus'ab bin Umair



Mus’ab bin Umair adalah salah seorang sahabat yang memeluk Islam pada masa awal keislaman. Beliau lahir dan dibesarkan dalam kemewahan dan kesenangan. Pada waktu remaja beliau menjadi buah mulut gadis-gadis Mekah kerana wajahnya yang tampan ditambah pula dengan kekayaannya, otak yang cerdas serta akhlaknya yang terpuji.

Suatu hari beliau mendengar berita mengenai Muhammad (SAW) dan apa yang diajarkan baginda. Iapun tertarik dan memutuskan untuk pergi ke rumah Arqam, suatu tempat dimana kaum muslimin berkumpul dan belajar. Disana beliau mendengar ayat-ayat Al-Quran yang begitu mempesona. Hatinya menjadi tenang dan damai mendengar untaian ayat-ayat tersebut. Maka Mus'ab pun memutuskan untuk memeluk ajaran baru ini. Namun ibunya adalah seorang yang tegas, pendiriannya tidak dapat diganggu-gugat. Oleh sebab itu Mus'ab memutuskan untuk menyembunyikan keislamannya buat sementara waktu. Namun tak lama kemudian ibunya mengetahui hal tersebut. Ibunya berusaha memujuk agar Mus'ab mahu kembali memeluk ajaran nenek moyang mereka namun Mus’ab menolak sehingga akhirnya ibunya putus asa dan menghentikan pemberian wang serta mengurung Mus'ab di bilik tidurnya dan melarangnya keluar rumah.

Tidak lama kemudian Mus’ab mendengar berita bahawa kaum Muslimin hendak berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Mus'ab memutuskan untuk melarikan diri dan ikut serta bersama kaum Muslimin untuk sama-sama hijrah ke Habsyah Beberapa waktu kemudian kerana terdengar desas-desus bahawa kaum Quraisy telah mengurangi tekanan terhadap kaum muslimin, mereka memutuskan untuk kembali ke Mekah, begitu juga dengan Mus'ab. Mereka segera menemui Rasulullah dan para sahabat.

Apabila melihat Mush’ab, Rasulullah menitiskan airmata, penampilan Mus'ab sungguh berbeza, ia berpakaian usang dengan tampalan disana-sini. Rasulullah menatapnya dengan penuh kasih sayang dan bersabda: “ Dahulu aku lihat Mus'ab ini tak ada masalah dalam memperoleh kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cintanya kepada Allah dan RasulNya”.

Setelah peristiwa baiah Aqabah yang pertama pada tahun ke 11 kenabian, Mus'ab ditugaskan oleh Rasulullah (SAW) sebagai duta kaum muslimin ke Madinah untuk mengajarkan Al-Quran dan pelbagai pengetahuan lain mengenai Islam kepada penduduk disana. Berkat kecerdasan, kesabaran dan kebesaran jiwanya ia berjaya mengajak sebahagian besar masyarakat kota itu untuk memeluk Islam. Itulah sebabnya ia dikenali dengan panggilan Muqri’ul Madinah. Dan sejak itu pula setiap orang yang mengajarkan Al-Quran disebut “Mus'ab”. Kemudian pada musim haji tahun berikutnya Mus'ab berjaya mengajak lebih dari 70 kaum Muslimin ke Mekah dimana kemudian terjadi perjanjian Aqabah 2. Sejak saat itu Mus'ab tidak pernah terkecuali dari menyertai Rasulullah berperang.

Dalam perang Uhud Mus'ab diberi kepercayaan oleh Rasulullah (SAW) sebagai pembawa bendera pasukan. Peperangan berlangsung dengan sengit. Pada mulanya pasukan kaum muslimin menguasai keadaan namun ketika pasukan pemanah yang ditugaskan untuk bertahan diatas bukit melanggar perintah kerana melihat begitu banyaknya harta rampasan perang yang ditinggalkan di hadapan mereka, keadaan menjadi berubah sebaliknya. Tanpa diduga pasukan kafir yang dipimpin Khalid bin Walid yang waktu itu belum memeluk Islam membuat serangan mengejut dari sebalik bukit sehingga pasukan kaum muslimin menjadi kucar-kacir. Mus'ab sungguh terkejut. Ia sangat bimbang akan keselamatan Rasulullah (SAW). Jika Rasulullah (SAW) terbunuh di perang tersebut bagaimana nasib ajaran Islam yang baru saja berkembang itu ?

Lalu iapun segera menjerit “ Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa Rasul ” sambil mengibarkan bendera dengan tinggi dan bertakbir lalu menyerang musuh dengan gagah berani. Namun kemudian pihak musuh berjaya menetak tangannya hingga putus. Mus'ab segera memindahkan bendera ke tangan kirinya namun kali inipun ia tidak berjaya mengelak serangan lawan sehingga tangan kirinya juga ditetak pedang musuh. Mus’ab segera membongkok kearah bendera lalu dengan kedua pangkal lengannya diangkatkan ke dada sambil terus bertakbir. Namun kali ini lawan menyerangnya dengan menusukkan tombak ke dada Mus’ab. Mus'ab pun gugur sebagai seorang syuhada' yang gagah berani. Ironiknya, wajah Mus’ab yang memang mirip Rasulullah (SAW) itu justeru menjadi penyebab berita bahawa sememangnya Rasulullah telah terbunuh! Hingga membuat pasukan kaum muslimin semakin kacau dan panik.

Diakhir peperangan, Rasulullah berserta para sahabat meninjau medan perang dan mendapati jasad Mus’ab. Tak ada sehelaipun kain untuk menutupinya selain sehelai burdah yang andai diletakkan di atas kepalanya terbukalah kedua kakinya. Sebaliknya bila ditutup kakinya maka terbukalah kepalanya. Maka Rasulullah bersabda : ” Tutupkanlah ke bahagian kepalanya , kakinya tutuplah dengan rumput idzkir!”.

Itulah akhir perjuangan Mus’ab bin Umair dalam menegakkan agama yang tidak gentar menghadapi musuh-musuh Allah, iaitu orang-orang yang enggan mengakui bahawa “Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah”( Laa ilaaha illaLLAH wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah).

“ Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.(QS. Ali Imran(3):32).

Itulah kalimah tauhid, kalimah yang mampu menghantar manusia menuju redha sang pencipta, kerana memang Dialah yang menciptakan manusia, langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya. Dialah Zat satu-satunya yang memegang jiwa dan hidup seseorang.

Inilah kalimah syahadah yang merupakan pintu gerbang keislaman seseorang. Sebuah pengakuan yang akan mencerminkan kebebasan dan kemerdekaan dari penyembahan, kepatuhan dan ketundukan kepada selain Allah SWT.

“Katakanlah (hai orang-orang mukmin): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.(QS.Al-Baqarah(2):136).

Syahadah adalah inti ajaran Islam yang mengajarkan keadilan dan persamaan hak. Manusia disisi Allah adalah sama hanya ketakwaan yang membezakannya .

“ Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.(QS.Al-Baqarah(2):132).

Seorang muslim minimyn 5 kali dalam sehari dalam solatnya mengikrarkan sebuah janji melalui doa Iftitah, yang semestinya diikuti dengan pelaksanaan janji tersebut bahawa hidup dan matiku hanyalah untukMu, Yaa Allah.

“ Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS.Al-An’aam(6):161-163).


sumber rujukan : http://vienmuhadi.com/2009/01/19/kisah-mush%E2%80%99ab-bin-umair/

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...