Skip to main content

Suara mereka

(Bersama anak-anak jiran di Mansurah)

Bismillah,

Alhamdulillah semalam call Malaysia,dapat jugak bercakap dengan mama dan abuya,lama juga berborak sejak sekian lama tak call Malaysia. Bahagia sangat bila dengar suara mama dan abuya ceria,kebetulan nenek pun ada di rumah sebab nak bekam. Abuya pening duk fikirkan pasal arnab-arnab tu sebab takde saper nak jaga. Abuya kesian dekat iwan (adik) sebab dia sorang je yang pandai jaga arnab-arnab tu. Abuya cakap nak bagi kat kawan dia mintak jagakan dulu,aku pun pening jugak sebab tak sanggup nak lepaskan kat orang lain. Just bagitau yang lepas ni Nadiah pun dah nak balik Malaysia,nanti dia boleh jagakan. Ok la tu.

Tadi Anisah call London,dapat juga bercakap dengan baba. Alhamdulillah sihat hendaknya mertua aku,mungkin diabetes baba makin surut dan hanya perlukan rehat yang lebih. Masa call tadi baba baru nak masuk tidur sebab baru lepas solat isyak. Sekarang waktu isyak di London makin lewat dekat-dekat pukul 11 malam,aku rasa macam bukan isyak,dah macam nak buat qiamullail. Tak tahulah macam mana nasib badan ni nak sambut Ramadhan kat sana summer ni. Baba tanya pasal kerja,aku dah dapat kerja ke belum kat London nanti..tapi buat masa ni tak dapat lagi. Kalau boleh memang aku nak keje,sebab duduk dekat sebulan. Tak kan nak goyang perut je kat rumah,aku pun boleh naik buntu,

Kalau sesiapa ada membaca blog aku ni yang masih di London dan kawasan yang sewaktu dengannya,bolehlah tolong aku carikan lubang kerja ye!

SAIFUL ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...