Skip to main content

Ukhwah ini

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah SWT tuhan empunya alam kerana telah meluaskan pintu-pintu rezeki buat kami hambanya yang lemah. Syukur buatnya kerana telah memberi kami banyak peluang untuk menebus kesilapan-kesilapan yang lalu walaupun acap kali berulang.

Alhamdulillah,dua tiga hari kebelakangan ni banyak cerita di musim panas Mesir yang makin menyengit. Anisah makin bertenaga selepas beberapa hari yang teruk sebab muntah-muntah. Sekarang dah nak habis bulan yang ketiga dia mengandung,kurang sikit muntah-muntah. Lepas ni boleh la dia hidup normal. Kesian sangat tengok orang mengandung ni,macam-macm pantang diorang. Tambahan pula sekarang ni tengah musim panas,nak ke kuliah pun tak sedap badan. Ala kulli haal semoga Allah SWT memberi banyak kemudahan. Allah SWT yang jadikan segalanya ni,maka Allah SWT juga tahu apa penyelesaiannya.

Kelmarin lepas kawan-kawan dari Mansurah datang ziarah kami di rumah,pada saat menulis ni pun ada lagi kenalan dari Kaherah dan Tanta datang bermalam. Cerita pasal kawan-kawan dari Mansurah,mereka datang untuk mengisi masa lapang musim cuti. Bukan tu je,diorang semua gotong-royong untuk memasak nasi kabsah (nasi arab). Perghhh,bukan main sedap lagi,tambah-tambah buat ramai-ramai. Walaupun rumah aku ni agak sempit,tapi Allah SWT melapangkan untuk kami.

Selesai makan,kami beramai-ramai ke Green Plaza. Malam yang cukup menggembirakan kami. Sampai di sana,kami terus main ping-pong,kemudian paintball dan seterusnya bermain bowling. Masing-masing nampak teruja sebab semua baru pertama kali sampai ke sini. Sampai berpeluh-peluh. Akhir sekali,melantak di Hardees.

Saat-saat sebegini memang cukup dirindui. Nak kumpul kawan-kawan memang cukup payah. Macam aku,aku dah kahwin dan lebih fokus pada keluarga. Harapkan diorang je la datang ziarah. Kalau semua dah balik Malaysia,lagi-lagi dah bekeluarga dan bekerjaya campur duduk negeri lain-lain. Aku rasa mahu berpuluh tahun baru dapat jumpa balik. Maka kesimpulannya pertemuan dan perpisahan itu lumrah dan segala daripada Allah SWT. Alhamdulillah.

Dah,sekarang ni aku cuma fokus nak balik London awal ogos ni,lepas raya kami semua akan berangkat ke Morocco sebab Hamed (kenalan rapat keluarga) nak kahwin. Lepas tu kami akan berangkat pulang ke Malaysia sebab adik aku pula nak kahwin. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Doakan juga kandungan dalam perut si ibu juga.

Doakan kami sekeluarga selamat dalam kehidupan ni dan berjaya untuk segalanya,dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...