Skip to main content

Muaz Bin Jabal




Muaz Bin Jabal dilahirkan di Kota Madinah. Beliau mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar,mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan berhemah tinggi. Allah SWT mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap,mempunyai rupa parasa yang baik dan tutur kata yang indah. Muaz Bin jabal memeluk islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab Bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.

Beliau termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang datang berbaiah dengan Nabi Muhammad SAW. Sebaik sahaja selesai berbaiah,Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah islam di dalam masyarakat Madinah. Beliau berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti Amru bin al-Jamuh.

Sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah,Muaz sentiasa berada bersama dengan Rasulullah SAW sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai orang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat,orang yang paling baik membaca Al-quran serta paling memahami isi Al-Quran. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW memuji beliau dengan sabdanya yang bermaksud:

"Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz Bin Jabal" Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah.

Muaz RA tediri dari kalangan 6 orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Setelah Allah SWT membuka Kota Mekah kepada Rasulullah SAW,penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka untuk mengajar syariat Allah SWT,lalu Rasulullah SAW meminta supaya Muaz Bin Jabal tinggal bersama dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai agama Allah SWT.

Sifat terpuji beliau juga jelas terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah SAW mengishtiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah SAW supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz RA untuk memegang tugas tersebut dengan beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah SAW keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz RA dengan bersabda:

"Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi denganku selepas tahun ini malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku.."

Lantas Muaz RA menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah SAW. Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah SAW wafat dan Muaz RA tidak dapat dapat melihat baginda. Setelah Muaz RA kembali ke Madinah,beliau mendapati Rasulullah SAW telah wafat,peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz RA menyebabkan beliau menangis tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah SAW.

Setelah Umar Bin al-Khattab RA dilantik menjadi khalifah,beliau mengutuskan Muaz RA untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan Bani Kilab.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di mana gabenor Syam telah menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta daripada Umar RA supaya menghantar seorang tenaga pengajar kepada penduduk Syam. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit, Abu Ayub Al-Ansari,Ubai bin Kaab dan Abu Darda' dalam satu majlis. Khalifah Umar berkata kepada mereka:

"Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar sesiapa sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan kefahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu bolehlah membuat undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu".

Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian memandangkan Abu Ayub telah terlalu tua manakala Ubai pula sentiasa mengalami kesakitan dan yang tinggal hanya kami bertiga sahaja". Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah tugas kamu di Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu pula hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke Palestin". Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik manakala Muaz bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin. Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang wabak. Ketika hampir wafat beliau berkata:

"Selamat datang wahai kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!".

Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah
lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu
menerima diri seseorang yang beriman".

Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...