Skip to main content

Ramadhan di London


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara yang dianugerahkan pada kita. Hampir 2 minggu aku dan keluarga di Kota London,menjalani kehidupan yang masih berbaki. Kali ni berada di London dalam bulan ramadhan. Seronok berpuasa disini,cuaca tak terlalu panas dan kerap hujan. Walaupun terpaksa berbuka pada jam 8.30 malam tapi takdalah penat sangat. Setakat hari ni tak pernah lagi rasa tak larat yang amat sangat kalau nak banding di Malaysia.

InsyaALLAH aku akan berada disini selama hampir sebulan lebih. Teringat masa mula-mula nak melepasi pintu imigresen UK. Macam-macam makcik black tu tanya,sebab dia tengok aku nak duk kt London ni 2 bulan. Memang kebiasaan dia akan tanya macam-macam pun,bukan kena kat aku sorang je. Bila dah lepas,lega yang amat sangat. Kesian kat Aishah terpaksa tunggu kami dekat sejam.

Dalam bulan ramadhan ni,aktiviti aku penuh sebelah malam sebab kena jadi imam terawih. Hujung minggu pula kami semua akan berkumpul (liqo') di Restoran Tuk Din,kadang-kadang aku kena bagi tazkirah ringkas. Alhamdulillah,semua ni untuk melatih diri sikit demi sedikit. Rasa senang hati bila dapat sampaikan ilmu pada orang lain,walaupun tak banyak tapi mudah-mudahan diberkati.

Musim panas ni aku memang rambang mata lah. Macam-macam benda murah. Tu sebab kadang-kadang malas nak masuk kedai. Mesti adaje yang murah. Kat Mesir jarang dapat pakaian murah-murah,kalau nak shopping banyak-banyak memang UK la jawabnya.


Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...