Skip to main content

Suka hati!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari baru dapat menulis,kesian kat blog ni dah macam rumah tinggalan dah. Rasa nak menulis kuat lagi,tapi ada ke yang nak baca. Lantaklah ada orang nak baca ke tidak yang penting kena menulis,

Sejak dikurniakan anak ni kehidupan dah tak macam bujang atau masa berdua. Setiap sudut kehidupan seharian mula berubah sikit demi sedikit. Aku akui keadaan sekarang ni memang menguji kami dari banyak sudut,dari segi masa dengan pengajian,kewangan,emosi dan tekanan. Ini yang kami kena hadapi,tapi alhamdulillah keluarga sangat menyokong. Mak mertua datang dari London semata-mata untuk jaga makan minum kami serta keperluan Raudhah Aliya.

Masa untuk aku di Mansurah pun terpaksa dikurangkan,kadang-kadang rasa tak sedap hati nak tinggalkan Raudhah dan Anisah lama-lama. Rasa rindu yang membuak-buak ditambah lagi dengan tanggungjawab makan minum diorang yang aku kena jaga. Alhamdulillah semua itu membangkitkan lagi rasa kasih dan sayang pada mereka.

Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia walaupun kadang-kadang beban sebagai seorang suami ditambah dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu diutamakan. Kadang-kadang bisikan negatif selalu terngiang-ngiang,maklum saja syitan sentiasa menghasut untuk manusia terus berfikiran negatif. Aku hanya berserah pada Allah,dan aku kuatkan tekad bahawa Allah penentu segalanya.

Setiap kali menatap wajah Raudhah,setiap kali tu juga rasa kasih tu membuak-buak. Aku sangat bangga dapat isteri seperti Anisah. Seorang wanita yang hebat. Dia jugalah yang menjadi tulang belakang aku untuk hadapi kehidupan ni. Tahniah Anisah Ali!

 Banyak yang aku nak 'update' sebenarnya pasal Raudhah ni,pelan-pelan kayuh la ye! Aku pun tak larat sangat nak menaip panjang-panjang tengah malam buta ni. Semoga jumpa lagi ADIOS.




Comments

Popular posts from this blog

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

'Tsunami' pilihanraya gelombang rakyat

Rekod bersih jadi kebanggaan BN Johor selama 50 tahun mula tercalar SIFAR pembangkang yang dilaungkan Barisan Nasional (BN) Johor gagal dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kelmarin, malah buat kali pertama selepas 50 tahun negara merdeka, rekod bersih BN Johor yang selama ini menjadi kebanggaan mula tercalar. Tidak pernah dalam sejarah negeri ini parti pembangkang boleh memperoleh lebih daripada enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di kawasan pengundi Melayu yang secara tradisinya kubu kuat parti Umno. Malah cakap-cakap pilihan raya di Johor ini, jika calon BN terutama datang dari Umno itu adalah 'batang pisang', pasti akan menang kerana kekuatan parti itu tidak boleh diganggu gugat kerana begitu taksub orang Melayu mengundi calon Umno atau BN sudah tidak boleh diterima lagi. Pas yang mula cuba melebarkan pengaruhnya secara agresif pada sekitar 1990-an di negeri ini agak sukar untuk menembusi kubu kuat Umno itu kerana rata-rata orang Melayu di neg...