EDINBURGH,30 JANUARI 2015. Kesihatan aku semakin merosot, tidurku malam tadi lencun dengan peluh. Tak pernah aku rasakan begini walaupun demam. Suhu diluar semakin menurun. Aku tahu aku tak mampu untuk kemana-mana hari ini. Setelah sarapan aku sambung berehat di dalam bilik. Anisah sangat memahami keadaan aku, Raudhah yang dari tadi bermain sekali-sekala mengjenguk ke luar jendela. Tak lama kemudian aku perasan sesuatu diluar jendela. 'Raudhah,jom tengok ni! aku memanggil Raudhah. Raudhah terus menjerit keriangan melihat salji turun mencurah-curah. 'Wah,cantikkan papa' katanya. Hari itu memang hari untuk Raudhah,seronok dia bila dapat tengok salji. Walaupun aku kurang sihat,namun aku mesti mengagahkan diri untuk menemani mereka keluar,kalau tidak memang akan berkurung sahaja dalam bilik. Kami bersiap dan berjalan ke tengah bandar Edinburgh.
berjalan dan bermusafirlah