Skip to main content

Spain 2014 #4

MADRID,1 OGOS 2014.

Perjalanan ke Madrid (Puerta de Atocha) hanya mengambil masa 1 jam 45 minit. Madrid, ibu negara beraja Spain. Keadaan mirip masa aku di Barcelona. Penuh dengan manusia,tak seperti di Cordoba. Bandar ini agak pesat berbanding yang lain, semestinya sebab ibu negara. Masa tu aku takda duit kecil,jadi aku kena beli sesuatu yang tidak membazir,malangnya semua tak sanggup terima sebab aku bayar pakai duit yang agak besar jadi aku pun belilah waffle. Sambil-sambil tu tersadai kejap di stesen sebab orang ramai sangat. Untuk sampai di hostel, aku kena naik metro menuju ke Tribunal. Nama penginapan kami ialah Mad4You Hostel yang terletak di Costanilla de San Vicente. Masa kami sampai hostel nampak agak sibuk dengan tetamu, ada yang macam dari rombongan sekolah, ramai jugak yang melepak sambil minum-minum. Kebetulan aku ada bersembang dengan budak-budak dari Jerman. Diorang cerita niat datang ke Madrid untuk masuk ke kelab-kelab malam disini. Dalam hati aku cakap 'biasalah,budak baru nak up'. Lagipun diorang ni baru belasan tahun,nak cuba benda baru. Macam aku jugak la dulu-dulu.


Kami dapat bilik untuk 6 orang. Tapi aku dengan Hayyum je lelaki,yang lain semua perempuan. Nak buat macam mana kan. Tapi takda apa-apa pun yang terjadi, fokus hanya terarah kepada aktiviti kakmi sahaja. Seperti biasa aku merehatkan badan dahulu,tapi kali ni badan aku dah mula rasa penat. Aku perlukan rehat sedikit panjang. Aku hanya terjaga bila hari dah petang. Aku bingkas bangun dan ajak Hayyum keluar ambil angin. Hayyum pun setuju,nampak dia pun sama penat. Kami terus berjalan menuju ke stesen metro untuk ke Santiago Bernabeu,senang cerita stadium Real Madrid. Kami jalan pusing keliling stadium je, tak masuk pun sebaba hari dah agak lewat. Kemudian kami cari kedai makan, aku cuba elak makan kebab sebab tekak dah mual. Perut minta makan nasi pula. Kebetulan sebelah stadium tu ada mall. Nama dia La Esquina del Bernabeu,dalam tu ada restoran makanan india. Sekali makan nasi beriani harga 9euro memang berbaloi.



MADRID,2 OOGOS 2014.

Hari ni aku baru segar sikit. Penat semalam dah mula surut. Harapan aku adalah tak demam sepanjang perjalanan,harap badan dapat tahan dengan cuaca panas sekarang. Selepas sarapan aku lepak kat luar sambil tunggu Hayyum. Dari jauh aku perasan macam ada orang pakai tudung,makin lama dia datang ke arah aku. Aku syak samaada orang Malaysia atau Indonesia. Bila dia berhenti depan muka pintu, terus kami saling menegur. Betullah tekaan aku,dia orang Malaysia, belajar biologi PHD di Jerman,nama dia Hani. Kemudian dia minta undur diri untuk check-in. Aku pun masuk ke bilik sambil-sambil nak belek gambar. Hayyum pula masa tu baru lepas mandi,dan terus sarapan. Aku sempat bagitahu Hayyum yang aku terserempak dengan budak Malaysia. Tak lama lepas tu aku nampak Hayyum dah menyembang dengan Hani. Aku pun biarkan je la sampai diorang selesai.

Dalam 11 kami mula bersiap untuk keluar hostel, Hani menyapa kami bertanya apa program kami hari ni, aku cakap kami nak ke Stadium Vicente Calderon (Stadium Atletico Madrid). Dan Hani pun maklum yang dia ada program walking tour di tengah bandar. Kemudian dia mengajak untuk ke Stadium Santiago Bernabeu, aku hanya mengangguk sebab semalam kami pergi. Tapi tak mengapa kalau nak temankan dia,lagipun dia seorang je kesian pula.

Stadium Vicente Calderon ni walaupun dalam Madrid tapi dia agak jauh sedikit berbanding dengan tempat lain. Dia duduk sorang-sorang dia je kat situ sebelah sungai. Bila sampai kami dimaklumkan tour hanya akan dibuka pada jam 1 tengahari. Kami tak ada pilihan selain lepak je kat situ sampai jam satu. Sambil tu aku pusing luar stadium, makan cikedis sikit. Sembang-sembang kosong nak buang bosan. Bila dah muzium dah buka,aku beli tiket dalam 10euro. Rasa teruja pula sebab boleh sampai sini. Aku tahu orang memang jarang sampai ke sini sebab Real Madrid lagi terkenal dari Atletico. Aku memang respect dengan kelab ni,sebab diorang boleh buat pemain dengan dana yang terhad. Di ruangan muzium aku dapat tengok sejumlah piala yang diorang dah menang puluhan tahun lepas. Dan juga koleksi bendera, jersi hingga ke kasut bola. Aku perasan ada jersi Falcao dengan kenangan masa diorang menang UEFA Cup. Stadium pula tak de la besar macam Real Madrid. Vicente Calderon ni hanya berkapasiti 35,000 tempat duduk sahaja. Tapi mengikut tour guide tu stadium yang baru masih dalam pembinaan berhampiran dengan lapangan terbang.

Setelah penat berjalan di stadium, kami teruskan pula ke tengah bandar. Kami ke Fuente de Neptuno, disini ada patung orang tua dengan air pancut je. Tapi yang buat aku kesini sebab dekat air pancut ni Atletico Madrid buat victory parade dengan menggantungkan mafla dekat patung orang tua tu. Setelah tu, kami berjalan kaki sambil ambil gambar. Waktu memang matahari terik sangat dan kami pulang ke hostel untuk solat dan berehat.

Jam 6 petang, aku,Hayyum dan Hani berkumpul dan terus ke Santiago Bernabeu. Waktu tu memang ramai orang. Hajatnya nak tengok je dari luar,tapi Hani ajak untuk masuk ke dalam sekali. Tiket berharga 19euro, tapi pengalaman ni bukan selalu datang. Aku pun setuju untuk masuk sekali. Bila tiba di dalam aku terpisah dengan Hayyum dan Hani,agak lama juga sebab sampai ke sudah tak jumpa diorang. Tapi pengalaman di stadium ni memang seronok. Cara persembahan berkenaan latar belakang dan sejarah kelab tu memang mengujakan. Sistem bunyi,penataan cahaya memang memainkan peranan,memang terbaik. Malah kita dapat tahu satu persatu piala yang dimenangi beserta pemain yang menjaringkan gol dan video sekali. Rasa kita memang ada dalam perlawanan bola sepak yang sebenar. Aku memang dah tak ingat dah dengan Hayyum dan Hani, lagi-lagi sebab aku pakai kamera GoPro,jadi tak susah kalau nak tangkap gambar sendiri,tak perlu mintak tolong orang. Habis program di stadium, kami ajak Hani pulak pekena nasi beriani india semalam. Memang syahdu... hehe.

Malam tu selepas balik ke hostel,kami keluar ke bandar menuju ke Puerta Del Sol,dekat situ ada dataran yang besar,memang penuh dengan pelancong dan ada tour ke kelab-kelab malam sekitar, tapi tumpuan kami ke arah Statue of the Bear and Strawberry Tree. Kalau perasan dekat lambang kelab Atletico Madrid ada gambar beruang ni. Ini adalah lambang rasmi bagi Madrid. Dekat kawasan ni memang banyak aktiviti jual beli,kebanyakkannya menjual barangan yang berkaitan dengan pelancongan cuma takda tempat yang khusus,hanya atas lantai sahaja. Kebanyakkan penjual pun dari afrika. Aku ingat lagi masa keluar malam tu, ada satu orang ni dia bawak binatang peliharaan dia jalan-jalan. Bila aku tengok betul-betul rupanya binatang tu babi kecil warna hitam. Aku ingatkan kucing, patutlah orang keliling dia duk perhatikan je. Satu lagi nak bagitahu, orang tempatan ni suka makan babi. Memang keliling bandar babi sahaja, digantung di pasar-pasar. Disini ada babi kering diorang panggil jamon tapi sebutan hamon.





Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...