Skip to main content

Spain 2014 #2

GRANADA,29 JULAI 2015.

Terjaga dari tidur aku tengok hari dah nak cerah, aku pun bingkas bangun dan pergi ambil air wudhu untuk solat subuh. Selesai solat aku ajak Hayyum makan di kantin gerabak, tapi aku tak berapa yakin ada makanan halal,jadi aku mintak air panas untuk buat maggi. Sambil makan tu aku tengok pemandangan luar, subhanallah pemandangan yang sangat cantik. Bukit bukau walaupun tak semuanya menghijau tapi sangat menarik. Tiba di stesen keretapi Granada jam 7 pagi, kami pun terus capai beg untuk keluar. Aku perasan ramai juga pelancong menggendong beg. Kami ditahan oleh polis stesen,dan diminta untuk beri passport. Mungkin ini prosedeur asas jadi aku bagi je sebab yakin tu memang polis betul. Aku pun tak terkejar-kejar jadi bila dah selesai urusan dengan polis, aku terus beli air dekat cafe. Lagipun agak sejuk jugak awal pagi tu. Perlahan-lahan kami menapak ke hentian bas,masing-masing mencari info tentang bas Granada. Semua orang nampak macam buntu,tapi bas yang aku kena naik dah sampai. Jadi kami pun terus melompat keatas bas,padahal seorang pun tak tahu harga tiket dan di mana nak turun. Aku pun buat berani nak pergi bayar tambang bas. Tiba-tiba driver bas tu speaking pulak. Sepatah haram pun aku tak paham, elok aku nak pergi ke belakang, ada seorang perempuan ni bagitahu bulan ni sistem bas tengah nak upgrade,jadi bulan ni tambang percuma, alhamdulillah rezeki kami. Lepas tu aku tanya pula nama tempat yang aku nak turun, budak perempuan tu suruh ikut dia,sebab dia pun turun tempat yang sama.


Pandangan pertama aku tentang bandar ni ialah kebersihan. Dari stesen keretapi sampai ke tengah bandar dalam hati aku memang memuji kebersihan bandar ni. Aku suka sangat-sangat. Sampai turun dari bas,aku nampak pekerja kebersihan tengah buat kerja-kerja membersih. Aku rasa tenang sangat-sangat. Kemudian aku tanya kat pekerja tu arah hostel yang aku nak pergi, dan dia senang hati untuk bagitahu. Waktu masih awal lagi untuk aku check-in, bila dah sampai di hostel,aku basuh muka sikit, gosok gigi dan simpan beg kami terus keluar. Program paling utama adalah ke Al Hambra,tapi program tu keesokkan hari, jadi untuk hari pertama ni aku bercadang untuk jalan pusing-pusing bandar je. Tapi sebelum tu aku kena cari kedai makan, sebab aku perasan banyak kedai arab. Masa di Barcelona kami makan Pealla, sampai naik muak tekak aku dengan Paella. Kali ni nak rasa kebab pula. Makanan disini pula sangat berpatutan. Kemudian kami sambung berjalan ke kedai souviner untuk belek-belek poskad yang menarik,kebetulan masa tu aku ada beli buku tentang Granada. Sebenarnya tak perlu pun,tapi aku rasa untuk koleksi peribadi tak salah. Di Granada ni kami duduk selama 3 hari 2 malam, jadi banyak benda boleh buat, dan tak perlu tergesa-gesa.

Kami berjalan tak lama, sekadar cuci mata dulu. Kemudian pulang ke hostel untuk check-in. Kami dapat bilik untuk 2 orang. Untuk pengetahuan di Granada ni kami menginap di Granada Inn,boleh tempah menggunakan hostelworld.com . Cuaca waktu tu agak panas,jadi bila selesai check-in,aku berehat dan tidur. Tak bimbang sebab siang panjang. Macam sebelumnya,bila selesai zuhur,kami keluar merayau keliling bandar. Tapi sebelum tu aku ambil peta dari hostel,dan tak perlu beli peta di kedai. Masa aku merayau-rayau tu kedai banyak tutup sebab panas,tapi tak semua. Jalan utama di situ pun dipasang canvas bagi redup sikit. Waktu ni memang kat tangan aku mesti kena ada air meneral. Selesai pusing-pusing aku pun ajak Hayyum lepak cafe pekena air sejuk,huh memang kena la. Untuk travel kali ni aku banyak habiskan duit untuk makan dan minum sebab waktu ni aku tak berapa sihat.

GRANADA,30 JULAI 2014.


Bangun awal pagi aku terus sarapan sebab aku nak kena panjat bukit untuk masuk ke Al Hambra. Bersyukur juga sebab tiket masuk aku dah book online. Jadi aku tak perlu beratur panjang. Untuk tiket aku perlu bayar sebanyak 32euro termasuk tour guide berbanding 30euro tanpa tour guide. Beza 2euro je pun,tapi sangat-sangat berbaloi masuk dengan tour guide. Sebab kami dibekalkan dengan earphone,jadi tour guide tu tak la terpekik melolong bila nak bercakap. Kami berada didalam selama 3 jam. Akhirnya tercapai juga impian nak masuk Al Hambra. Sebab sebelum ni aku pernah ke Morocco. Sejarah antara Morocco dan Spain ni sangat-sangat berkait. Macam baca novel,Morocco tu jadi bab 1 dan Spain bab 2.

Selesai Al Hambra,Generalife. Kami berjalan kaki turun bukit dan naik pula bukit disebelah iaitu Albaicyn. Kawasan yang bersebelahan dengan Alhambra. Rumah-rumah dibina rapat,dan ada ruang pejalan kaki yang kecil. Agak penat juga sebab kena naik banyak anak tangga. Selalunya orang naik ke atas ni nak tengok satu gereja dan pemandangan terus ke Alhambra. Tapi niat aku naik atas ni sebab nak pergi ziarah ke Masjid Granada dan solat zuhur. Masa sampai tu masjid tutup,aku ingatkan memang dah tutup. Kemudian aku cari-cari kot ada orang boleh tolong, ternampak seorang arab ni tengah bancuh simen,aku tanya dia pasal masjid ni. Terus dia tolong. Dia pun pelik juga sebab aku sembang dengan dia pakai bahasa arab,dari situ kami mula bersembang sambil berjalan ke masjid. Waktu tu memang panas, suhu cecah 39 darjah. Arab tu pun cakap hari ni paling panas.



Selesai solat kami turun bukit untuk balik ke hostel, orang putih pun ada yang dah tak berbaju sebab panas sangat. Granada ni memang kawasan tumpuan pelancong, bandar ni takdalah besar sangat tapi pelancong penuh. Bila malam semua kembali aktif, kedai pun banyak yang buka. Setiap ceruk tempat penuh dengan manusia. Banyak street perfomance kebanyakkannya muzik jalanan. Bandar ni juga menjadi tumpuan bagi pencinta mural (lukisan dinding). Secara umumnya jika di Granada ni senang untuk kemana-mana, jalan kaki je. Tapi pengangkutan awam banyak juga,bagi yang suka pengangkutan yang ringkas,disini disediakan servis segway dan motor.






Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Kasihan pada pengikut Syiah

Bismillahhirrahmanirrahim.. Sambil-sambil search kat google,terselak kat ruangan yang hangat bincangkan tajuk Syiah di Malaysia. Aku rasa benda ni bukan benda baru,tapi sekarang ni baru nak panas sampai ke pihak media. Setakat ni baguslah,respon dari masyarakat pun positif. Aku cuma kesiankan puak yang menyokong syiah. Untuk pengetahuan kalian-kalian yang dok taksub sangat dengan ajaran ni,inilah ajaran yang boleh disamakan dengan ajaran ayah pin. Maksud aku fahaman syiah yang taksub dengan ahli bait (keturunan Saidina Ali). Tapi bukan semua fahaman syiah ni sesat,seperti yang korang semua tau. Syiah ni pun terpecah kepada 72 kumpulan. Ada yang betul dan ada yang terpesong. Tapi yang jelas,golongan yang terpesong inilah yang selalu cari pasal. Masing-masing dah faham agama,terpulang pada korang nak pilih yang mana. Ulama' pun dah banyak kali cakap pasal ni. Korang jangan main-main. Ini tentang akidah,perkara asas dalam i'tikad dalam iman.

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...