Skip to main content

Butterton 2018 #1




Salam semua, dah lama betul aku tak menulis, sedar-sedar dah dekat 2 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun aku tinggal sekejap menulis tapi perasaan rindu tu membuak-buak. Ok, taknak cerita panjang aku nak kongsi sikit pengalaman berjalan dan travel lagi.

Akhir 2017 hari tu seperti kebiasaan aku terbang lagi ke UK atas urusan kerja.Kemudian aku berpeluang untuk keluar sekejap dari London. Aku pun pakat-pakat dengan kawan-kawan,kitorang pergi 'countryside' di satu pekan kecil bernama Leek. Ok, dalam pekan tu pula ada satu kampung bernama Butterton.



Macam mana aku boleh terjumpa kampung ni? Pada mulanya, aku cadang nak ajak diorang pergi Ashford dalam daerah Kent. Sebab kat sana ada factory outlet di Ashford International. Aku pun mula la cari tempat penginapan pakai airbnb sebab kami nak pergi ramai. Segala persiapan memang aku je la yang bagi cadangan sebabnya aku yang semangat, bukan nak kata kawan-kawan aku tak semangat, tapi diorang sendiri tak tau nak kemana jadi diorang serah kat aku. Tapi bukanlah serah bulat-bulat tapi diorang tak buat kerja,bukan macam tu. Kalau tak ada diorang tak jalan juga program ni. 

Ok, lepas je aku buat selidik, aku rasa Ashford macam tak sesuai, sebabnya kami nak pergi tempat yang kami boleh 'release tention' dan nak ada masa untuk berkita-kita, kalau pergi Ashford tu tempat ramai orang dan bersesak-sesak. Kemudian aku pun buka map, perlahan-lahan aku zoom in dan zoom out untuk tengok secara menyeluruh. Aku mula mencongak dan letak kriteria yang sesuai untuk cuti minggu kami. Antaranya, tempat yang hanya ambil masa 1-2 jam sahaja perjalanan, dan tempat tu pula mestilah ada banyak hijau dan nak tempat yang nampak betul-betul english.


Akhirnya aku dapat tempat bernama Butterton. Aku pun tengok rumah penginapan tu sangatlah english dan tersangatlah traditional sampaikan elektrik pun kena bayar 1 pound setiap 3 jam dalam tabung 'TNB' dia. Aku tengok pun dah puas hati maka aku terus tempah tanpa bagitahu kawan-kawan yang lain. Seterusnya aku tempah kereta, kat UK ni berlambak syarikat kereta sewa. Tapi pada mulanya kami ada masalah sikit masa nak ambil kereta sebab banyak sangat kerenah yang menyusahkan. Mulanya aku tempah kereta 'Seat 7 seater'. Patutnya ambil kereta hari jumaat jam 2 petang, tapi disebabkan kitorang tak pakai kad kredit maka kami terpaksa batalkan tempahan dengan syarikat tersebut. Maka petang tu juga kami terpaksa mencari syarikat kereta sewa lain. Bila 'last minute' ni selalunya kereta banyak habis. Akhirnya menjelang senja kami dapat kereta lain dengan bantuan Kak Teh iaitu kereta 'Land Rover Discovery', sebenarnya agak mahal juga tapi kami layankan je sebab ini merupakan pengalaman nak mencuba sendiri kereta baru. Masa mula dapat kereta tu macam tak percaya juga,masing-masing dah mula ada harapan sebab dah dapat kereta. Nasib baik lah tak kena batal trip ni. Razi dan Saaleh bawa balik kereta ni ke tempat kerja untuk ambil kitorang dan Razi hantar semua orang balik rumah malam tu.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...