Assalamualaikum, hai apa khabar semua? Dalam tak buat apa-apa kat rumah waktu cuti ni,aku nak isi masa lapang waktu cuti ni dengan menulis sikit. Tengah-tengah nak cari tajuk aku terfikir nak kongsi pasal tips-tips bila melancong. Rata-rata semua orang ada keinginan untuk melancong walaupun sekali seumur hidup kan? Tipulah kalau tak ada langsung hasrat untuk melancong. Cuma kadang-kadang orang kita ni tak tahu nak mula daripada mana, sebab bila sebut pasal melancong mesti akan terfikir kena pergi dengan ejen dan sebagainya kan? Ok dibawah ni aku akan senaraikan serba sedikit pengalaman aku bila melancong. Selalunya aku akan travel sendiri, tak pernah lagi aku pakai ejen pelancongan walaupun kadang-kadang tu korang boleh dapatkan travel eksklusif gaya ala raja kalau pergi dengan ejen.
#1 BUAT KAJIAN
Ok,mula-mula sekali sebelum korang nak pergi berjalan ke satu-satu tempat atau negara,pastikan korang study dulu pasal keadaan tempat tersebut. Jangan la main redah je,nanti karang ada pula masalah baru yang korang kena hadap. Korang kena kenal betul-betul dari segi geografinya, macam mana keadaan muka bumi negara tersebut, kemudian tengok perubahan cuaca mengikut bulan dan masa. Seterusnya kaji juga tentang keadaan politik negara tersebut, aman atau tidak. Kaji juga dari segi bahasa sehinggalah kepada kajian terhadap penduduk setempat. Kajian macam ni penting supaya korang tak merasa kekok seterusnya akan memudahkan korang cepat serasi dengan keadaan persekitaran.
# BAJET
Untuk memudahkan lagi perjalanan korang, korang mesti letak bajet. Maksud bajet disini ialah apa yang memang korang nak gunakan sepanjang perjalanan termasuk penginapan, makan dan minum. Namun harus diingat bukan bajet tu semua korang mesti pakai. Seeloknya kena berjimat, dan bukanlah korang kena sediakan duit cukup-cukup. Mesti juga kena ada sedikit lagi simpanan untuk hal-hal kecemasan. Selalunya bila aku travel, aku akan siapkan dalam kepala otak ni travel bukan benda manis je,benda pahit pun mesti akan ada juga.
#PAS MASUK
Ini sangat penting untuk mengetahui negara dan destinasi yang hendak dikunjungi tu memerlukan visa atau tidak. Senang untuk korang kalau negara yang dituju tu tak perlukan visa, tapi ada sebahagian lain yang memerlukan visa, samaada visa on arrival atau visa yang korang perlu mohon sebelum perjalanan. Contohnya kalau United Kingdom, rakyat Malaysia dibenarkan masuk selama 6 bulan tanpa visa. Sebahagian negara eropah hanya membenarkan kemasukkan selama 3 bulan sahaja. Dan sebahagian negara seperti Arab Saudi memerlukan kita untuk memohon visa sebelum perjalanan.
# TIKET PERJALANAN
Bila kita sudah memahami dan memuktamadkan kemana destinasi kita nak tuju, maka senanglah kita nak cari tiket. Sekarang ni segalanya dihujung jari, jadi tak perlu susah-sudah nak keluar rumah. Kalau perlu untuk naik kapal terbang maka kita cari melalui web yang jual tiket kapal terbang, tapi kalau boleh jimat kita naik la keretapi atau bas. Kalau tempat kita nak tuju tu terletak di eropah takkanlah kita nak naik bas kan? Ok, kalau website yang jual tiket kapal terbang antara yang aku cadangkan ialah website rasmi syarikat penerbangan dan website luar yang lain seperti skyscanner, ebookers dan lain-lain yang boleh dipercayai. Kita kena selalu rujuk secara berulang-ulang untuk dapatkan harga yang seminimum yang mungkin dan berpatutan. Pastikan juga,waktu pembelian tiket tidak terlalu awal dan tiak juga terlalu lewat dari tarikh berlepas,sebab kadang-kadang harga tiket boleh berubah-ubah.
# PENGINAPAN
Sebelum korang menjejakkan kaki dinegara yang hendak dikunjungi tu pastikan penginapan disatu-satu tempat tu korang dah selesaikan dulu. Ini kerana kebanyakkan hotel dan rumah tumpangan ni akan meletakkan harga sedikit tinggi jika kita book secara walk-in.
Harga penginapan pun akan terkesan bergantung pada cuaca dan musim negara sebahagian negara. Selalunya perkara ini akan berlaku kepada negara yang mengalami cuaca 4 musim. Sebab waktu ni, pemilik hotel dan rumah penginapan akan cuba memaksimakan keuntungan mereka. Harga penginapan akan murah pada musim sejuk, dan akan meningkat pada musim panas. Harga juga boleh meningkat pada festival dan hari-hari sambutan seperti sambutan tahun baru.
Kalau korang mampu untuk menginap di hotel yang berbintang-bintang maka silakan,tapi kalau anda tak kisah untuk menginap dimana-mana, maka aku cadang cuba korang sewa di airbnb, kerana kadang-kadang kita boleh dapatkan sewaan satu rumah dengan harga yang menarik. Tapi kalau korang suka bercampur dan ada rasa untuk meluaskan lagi networking, seeloknya korang menginap di hostelworld (www.hostelworld.com).
Bandingkan harga untuk semua medium aplikasi ni, dengan cara tu korang boleh dapatkan penginapan yang sangat-sangat berpatutan. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah:
- Airbnb
- Hostelworld
- Trivago
- Booking.com
- Agoda
#INSURANS
Satu hal yang kadang-kadang ramai orang tak kisah malah sambil lewa dalam hal ini ialah kepentingan mengambil insurans perjalanan. Rata-rata kawan aku sendiri pun ramai yang tak ambil walaupun diorang travel hampir sebulan di luar negara. Kali pertama aku ambil insurans perjalanan ialah ketika aku travel ke Spain. Waktu tu aku travel berdua dengan kawan, dan aku rasakan aku kena ambil insurans selepas aku lihat kawan aku terpaksa berhadapan dengan situasi yang genting akibat kehilangan beg dan pasport semasa dia di Spain juga. Jadi kalau korang dah bersedia nak mulakan perjalanan tolonglah ambil insurans perjalanan, walaupun kena keluar duit sikit. Kita tak tahu bila dan dimana musibah nak jadi kan,jadi kita kena sediakan payung sebelum hujan. Antara insurans yang pernah aku gunakan ialah:
- Malaysia Airlines Insurance (MHinsurance)
- Tune Protect (www.tuneprotect.com)
- Etiqa Takaful Insurance (www.etiqaonline.com) dan lain-lain syarikat yang dipercayai.
Apabila korang dah selesaikan beberapa perkara diatas,bermakna korang dah betul-betul bersedia untuk memulakan perjalanan tanpa sebarang masalah. Post seterusnya aku akan kongsi lagi tips-tips bila kita dah menjejakkan kaki di negara yang dilawati.
Bersambung..
Bersambung..
Comments