Skip to main content

Posts

Hasil menyimpan selama 10 bulan

Recent posts

Perasaan

Hari ni aku bertarung dengan perasaan aku sendiri, aku tak mampu untuk meluahkan pada sesiapa. Ataupun perasaan ini hanya aku seorang yang merasainya. Maafkan aku kerana tak mampu untuk luahkan, bukan tak sudi tapi aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. 

Resepi Kusyari

Bulan puasa ni teringin pula makanan Mesir, alang-alang rumah aku dekat dengan kedai arab apa lagi kan. Terus aku ajak orang rumah serbu cari bahan-bahan untuk buat Kusyari. Mengidam lama dah ni. Jadi di link youtube ni aku kongsikan resepi mudah untuk membuat Kusyari. Bahan-bahannya:  1) Beras arab 2 cawan 2) Makaroni Vermacelli 1 cawan 3) Lentil 1 cawan  4) Kacang Kuda 1 cawan  5) Tomato 3 biji 6) Bawang besar 2 biji 7) Tomato Puri 2 sudu besar  8) Sos cili bercuka  9) Daun Ketumbar  10) Bawang Goreng 11) Garam 12) Minyak Zaitun  13) Serbuk jintan manis 14) Serbuk lada putih. Cara-cara :  1) Rendam kacang kuda semalaman dan rebus dengan sedikit garam 2) Rendam lentil 2-3 jam dan rebus  3) Goreng makaroni vermacelli dengan sedikit minyak zaitun sehingga bertukar warna 'brown', kemudian masukkan beras arab yang sudah dibasuh. Masukkan air dengan nisbah 2 cawan beras : 3 1/2 cawan air. Seeloknya masak dalam 'rice cooker' supaya naik cantik. Ap...

MEMANCING DI WETLAND PUTRAJAYA

Assalamualaikum, Aku nak kongsikan sikit pengalaman kali pertama aku pergi memancing di Putrajaya Wetland. Aku bertolak dari rumah jam 9 pagi, sebelum tu aku dah berjanji dengan adik ipar nak jumpa di sini (Putrajaya Wetland). Memang kerap aku lalu di kawasan ni tapi tak pernah tau jalan nak masuk. So aku pun 'waze' je la. Bila dah sampai sekali aku salah masuk jalan. Kebetulan ada pakcik tukang kebun ni lalu sebelah aku masa aku park kereta, aku pun tanya jalan kemudian dia baik hati nak tunjukkan jalan pada aku. Aku pun bagi la 'upah sikit' sebab tolong aku. Kawasan ni memang kawasan untuk aktiviti segala yang berkaitan air, banyak program kita boleh buat kat sini selain dari menggunakan kemudahan air, kita juga boleh anjurkan hari keluarga sebab kawasan ni luas. Kemudahan kedai makan, tandas dan surau juga ada disediakan. Jadi tak perlu bersusah payah lagi-lagi kalau kita bawa anak kecil. Aku pernah juga tengok tempat ni di rancangan Randuk di youtube. Dio...

TIPS MELANCONG JIMAT 2

Post sebelum ni aku dah kongsikan pasal tips-tips dan nasihat sebelum memulakan perjalanan, iaitu perkara yang perlu diselesaikan semasa di tanah air. Untuk post kali ini, aku cuba perincikan beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri. #BEG DAN PAKAIAN Pertama sekali korang mesti cari beg yang sesuai bergantung kepada tempat yang hendak dilawati. Dan yang paling penting ikut keselesaan korang. Jangan terlalu mengikut orang, orang nak pakai beg ni korang pun nak pakai, orang pakai beg tu korang pun nak pakai. Istilah mengembara bukan terletak pada apa yang korang pakai. Sesetengah tempat seeloknya kita gunakan backpack , tapi kalau korang ada banyak mak nenek nak bawa pakai jela suitcase. Mana-mana pun elok je. Kalau boleh korang bawa satu lagi beg tambahan bersaiz kecil untuk korang sumbat segala barang peribadi seperti dompet,pasport,kamera dan lain-lain yang penting. Jadi, bila korang keluar jalan-jalan tu tak perlu bawa beg besar.  Yang kedua ialah pakaian....

TIPS MELANCONG JIMAT

Assalamualaikum, hai apa khabar semua? Dalam tak buat apa-apa kat rumah waktu cuti ni,aku nak isi masa lapang waktu cuti ni dengan menulis sikit. Tengah-tengah nak cari tajuk aku terfikir nak kongsi pasal tips-tips bila melancong. Rata-rata semua orang ada keinginan untuk melancong walaupun sekali seumur hidup kan? Tipulah kalau tak ada langsung hasrat untuk melancong. Cuma kadang-kadang orang kita ni tak tahu nak mula daripada mana, sebab bila sebut pasal melancong mesti akan terfikir kena pergi dengan ejen dan sebagainya kan? Ok dibawah ni aku akan senaraikan serba sedikit pengalaman aku bila melancong. Selalunya aku akan travel sendiri, tak pernah lagi aku pakai ejen pelancongan walaupun kadang-kadang tu korang boleh dapatkan travel eksklusif gaya ala raja kalau pergi dengan ejen. #1 BUAT KAJIAN Ok,mula-mula sekali sebelum korang nak pergi berjalan ke satu-satu tempat atau negara,pastikan korang study dulu pasal keadaan tempat tersebut. Jangan la main redah je,nanti karang a...

Butterton 2018 #3

Keesokkan paginya setelah selesai solat subuh, kami cergas bangkit untuk sarapan. Setelah itu kami pun bersiap dan mengemas untuk meninggalkan Butterton. Walaupun hanya sempat untuk 1 malam sahaja di sana namun itu cukup untuk kami menenangkan minda dan berehat. Setelah meninggalkan Butterton amatlah rugi kalau kami terus pulang ke London. Jadi aku pun 'google' lokasi mana yang kami boleh singgah, sekurangnya-kurangnya sambil menyelam minum air. Lagipun kami kena hantar kereta sebelum jam 8 malam. Maka aku cadangkan untuk ke Leicester. Sebabnya hanya satu ialah kami nak ke stadium keramat King Power. Perjalanan dari pekan Leek taklah begitu lama,hanya sekitar 1 jam 25 minit sahaja,hampir tak terasa pun sebab sibuk kami berborak dan mendengar lagu. Oh, sebelum tu kami singgah sebentar di pasar ahad di pekan Leek,tapi takda apa yang menarik hanya sekadar menyinggah. Sesampainya di Leicester kami terus ke Stadium King Power, seingat aku kami sampai dalam jam 11 ...