Skip to main content

Pentempuran Hattin


Pertempuran Hattin

Pertempuran Hattin pada tahun 1187 merupakan kekalahan besar bagi pergerakan Pejuang Salib, dan penguasaan kota Jerusalem berpindah dari orang Nasarani kepada orang Islam.

Pertempuran Hattin berlaku di tempat berhampiran dengan Tiberias, di kawasan dimana ciri-ciri geografik utamanya adalah bukit berkembar, sebenarnya gunung berapi mati, ("Tanduk Hattin") sebelah laluan melalui pergunungan utara antara Tiberias dan jalan dari Acre di sebelah barat.

Jalan Darb al-Hawarnah, dibina oleh orang-orang Rom, menjadi laluan utama timur-barat antara teluk (ford) Jordan, Laut Galilee dan persisiran Mediterranean. Salahuddin Al-Ayubbi telah menawan bandar Tiberias, di sebelah timur, pada 2 Julai 1187 dengan hanya sebahagian kecil tenteranya. Raymond III dari Tripoli, yang isterinya, Eschiva dikepung di kubu di Tiberias, dan Raja Guy dari Jerusalem berada di Acre dengan sebahagian besar tentera Salib, yang mengandungi 1200 kesasteria, kemungkinannya hampir seramai 20 000 tentera berjalan kaki, dan sejumlah besar tentera upahan yang diupah dengan wang yang didermakan kepada Kerajaan Jerusalem oleh Henry II dari England. Raymond menekankan bahawa pergerakan dari Acre ke Tiberias merupakan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Salahuddin dan Sephoria merupakan kedudukan yang kukuh untuk dipertahankan oleh tentera salib, tetapi akibat pertelingkahan dalaman istana dan tuduhan pengecut, Raja Guy memerintahkan tenteranya bergerak menentang Salahuddin di Tiberias. Ini merupakan apa yang dirancang oleh Salahuddin, kerana dia mengira bahawa dia hanya mampu mengalahkan tentera salib di pertempuran lapangan, dan bukannya dengan mengepung kubu mereka.

Tentera Salib memulakan pergerakan mereka dari Sephoria pada 3 Julai dan hampir serta-merta diganggu oleh tentera berkuda Muslim. Pada waktu tengahari, Salahuddin bergabung dengan tenteranya di Cafarsett dan menghantar tenteranya untuk bertempur dengan tentera Salib yang keletihan dan semakin sedikit. Tentera Salib telah dibahagi kepada 3 bahagian dan pasukan belakang (rearguard) telah dipaksa berhenti oleh serangan yang berterusan, dengan itu memberhentikan keseluruhan tentera Salib. Tentera Salib selepas seharian tanpa air, terpaksa berkhemah ditengah-tengah padang rumput, dikelilingi oleh tentera Salahuddin, yang menyalakan api di sekeliling khemah pada waktu malam bagi mengganggu tentera Raja Guy.

Pada pagi 4 Julai tentera Salib, dahaga dan patah semangat, membongkar khemah dan bergerak ke arah matair Hattin, tetapi pergerakan mereka yang tidak sekata diserang oleh tentera Salahuddin yang menghalang pergerakan ke hadapan dan sebarang cubaan untuk berundur. Count Raymond melancarkan dua serbuan untuk meloloskan diri. Serbuan keduanya menyebabkan dia terpisah dari badan tentera utama dan memaksa dia berundur. Kebanyakan tentera berjalan kaki Salib melarikan diri ke Tanduk Hattin. Tanpa perlindungan tentera infantri, kuda kesasteria dibunuh oleh pemanah tentera Muslim dan mereka terpaksa berjuang berjalan kaki dan mereka juga turut berundur ke Tanduk Hattin. Tentera Salib dikepung dan, walaupun tiga kali menyerbu ke arah kedudukan Salahuddin, dapat dikalahkan. Pihak Muslim berjaya menawan khemah diraja Raja Guy, dan juga Salib Sebenar (True Cross), barangan peninggalan yang suci bagi tentera Salib. Salahuddin menawan Raja Guy, termasuk Raynald dari Chatillon, yang dibunuh Salahuddin sendiri, memenuhi ancamannya yang dibuatnya apabila Raynald mengganggu perniagaan orang Islam dan laluan haji pada awal abad tersebut. Gerard de Ridefort, Grand Master bagi Kesasteria Templar, dan Grand Master Kesasteria Hospitaller turut ditawan. Kemungkinannya 3,000 pejuang Salib lepas lari. Dari mereka yang ditawan, hanya mereka dengan keluarga yang kaya ditebus, yang bakinya dihadikan hamba abadi dan kesasteria kumpulan bersenjata (military orders) dihukum bunuh.

Pada pertengahan September, Salahuddin telah menawan Acre, Nablus, Jaffa, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon, dan Jerusalem jatuh ke tangan tentera Muslim pada 2 Oktober 1187, menandakan berakhirnya kehadiran Nasarani di Outremer.

Berita kekalahan teruk di Hattin merupakan pendorong kepada pembentukan Perang Salib Ketiga.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...