Skip to main content

Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007

Tanggal 26 November 2007,satu penghormatan telah diberikan kepada lebih kurang 7000 pelajar Malaysia di bumi Mesir ini dengan kunjungan lawatan Perdana Menteri Malaysia,Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama delegasi menteri beserta beberapa pegawai badan bukan kerajaan (NGO).

Kedatangan perdana menteri ini juga diiringi dengan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 (MECC 07),karnival ini diadakan adalah untuk memberi input dan maklumat yang lebih tepat tentang kerjaya masa depan dan sistem pendidikan lanjutan khususnya bagi penuntut Malaysia di Mesir ini khususnya mahasiswa/wi pengajian islam di Universiti Al-Azhar dan juga pengajian perubatan di seluruh Mesir. Lebih mengejutkan lagi ialah dengan kedatangan lebih 12 universiti terkemuka di Malaysia termasuk IPTA dan IPTS beserta tokoh-tokoh korporat dari beberapa syarikat gergasi di Malaysia.

Perdana menteri dalam ucapannya lebih menekankan tentang kepentingan modal insan dan modal intelektual sebagai benteng bagi menghadapi masa depan yang kian mencabar. Demi melihat sebuah negara Malaysia yang berjaya,perdana menteri juga menyarankan agar penuntut-penuntut di Mesir ini menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta membudayakan pengajian `double-major`,ini kerana persaingan yang cukup kuat kepada penuntut pengajian islam dari golongan akademik yang lain dan sebagainya.

Perdana menteri turut terharu dengan kehadiran lebih 3000 penuntut Malaysia yang berasak-asak seawal pagi di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaherah yang lebih dikenali dengan CECC. Disamping itu juga,Perdana Menteri berharap dengan karnival yang diadakan dapat menjadi langkah pertama kepada penuntut pengajian islam di bumi Mesir ini untuk menceburi bidang-bidang yang selama ini hanya dikuasai oleh golongan akademik sahaja.Ini kerana dengan keupayaan penguasaan bahasa arab dan beberapa aspek yang berkaitan menjadi salah satu elemen terpenting bagi pembangunan Malaysia.

Beberapa program telah diadakan bersempena dengan kedatangan Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi antaranya ialah Perjanjian Usaha Sama (MOU) yang diadakan diantara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Republik Arab Mesir. Juga diadakan beberapa sesi seminar kerjaya dan juga seminar pengajian peringkat tertinggi serta ceramah motivasi oleh tokoh-tokoh korporat di Malaysia. Tidak ketinggalan beberapa syarikat swasta juga mengadakan sesi temuduga kepada penuntut Malaysia di sini bagi menjawat beberapa jawatan di syarikat mereka.

Program yang berlangsung selama dua hari ini begitu meriah dengan kehadiran mahasiswa/si yang tidak putus-putus bagi memeriahkan lagi karnival ini. Antara universiti-universiti yang mengambil bahagian ialah Universiti Sains Malaysia (USM),Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Universiti Tenaga Nasional (UTN),Open University,Sunway University College,Lim Kok Wing University,Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan Help University. Turut serta pada program ialah penaja utama program tersebut,Permodalan Nasional Berhad (PNB) beserta syarikat komponen yang lain seperti Puncak Niaga,Maybank,Bank Negara,Malaysia Airports,Chemical Company of Malaysia Berhad dan Takaful Ikhlas sdn bhd.

Karnival Kerjaya Timur Tengah (MECC) ini diakhiri dengan makan malam bersama tokoh-tokoh korporat,juga tidak ketinggalan persembahan kebudayaan oleh mahasiswa dan juga penyanyi jemputan Jamal Abdillah.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan saya hari ini..

Bismillah,, Saya tak nak cakap banyak pun untuk entry ini.. Terus pada topik,hari ini penuh sejarah,makanan kami satu rumah amat menarik iaitu nasi lauk kari. Tapi apa yang menjadi perbualan hangat kami serumah ialah dengan penemuan 2 ekor lipas dalam lauk tengahari kami. Tapi yang menghangatkan lagi apabila semua hadirin yang menikmati makanan buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dan kami terus meneruskan santapan dengan hati yang terbuka. Saya sendiri tak tahu nak bertindak macam mana,kerana kalau dibuang lauk pauk dan nasi itu. Ibaratnya kami dah tak ada apa-apa untuk dimakan. Oleh itu,kami terpaksa berlakon "slumdog" untuk meneruskan hidup.

Damsyik dan Istanbul #2

Mansurah-Damsyik-Istanbul 2009 #2 Sepanjang malam bas kami bergerak dari pelabuhan Aqaba' ke Damsyik, adakala aku tak dapat nak lena. Mata aku cuba melihat keluar dalam kegelapan malam. Seketika aku terpandang seolah-olah timbunan salji tapi rupanya bukan,hanyalah timbunan pasir-pasir putih. Mungkin sebab tak sabar sangat pertama kali nak main salji. Di Mesir walaupun sejuk tapi tak turun salji, kalau nak rasa kena pergi Sinai, itu pun belum tentu ada lagi. Tapi kalau di Jordan,Syria dan negara sekelilingnya pasti ada. Sambil tu aku berkira-kira berapa lama perjalanan kami kali ini. 2 kali bas berhenti di hentian rehat, tapi kami semua tetap tak berganjak dari tempat duduk. Padahal perut dah berkeroncong bagai nak gila. Bukan tak mahu turun, tapi dalam poket tak ada dinar Jordan, yang ada hanya dolar US sahaja. Kalau bayar pakai dolar belum tentu diterima. Terpaksa la tahan perut sepanjang malam tu. Makanan ringan pun dah habis, tak ada apa yang boleh dijam...

Hari ini?

Salam,,ari ni malas nak buat ayat skema..nak tenang-tenang jer. Tak taw nak tulis aper,akceli kepala masih terasa panas badan pun lebih kurang dah nih. Pegi kuliah macam biasa tapi kelas start lepas 2nd half,bleh ker wat ayat macam tu? Tak per la tibai jer,,sekali sekala. Mood alhamdulillah ok baik dan tenang tapi sebab nafas terasa panas tu yang kekadang buat rasa macam nak demam,mintak-mintak dijauhi..banyak lagi nak cover kitab. Nak ulang hafalan Al-Quran lagi..walaupun dah direndahkan ' qarar' ,tapi tu bukan bermaksud Azhar tak ' syadid' . Sapa belajar kat Azhar tau la tang mana 'hebatnya' Al-Azhar tu. Selesai hantar borang tajdid iqamah,terus pegi Turin (amin daulah)..dengan selamba Pak Long (jaga polis) tu kata datang balik pukul 10. Takpe kerana hati ini sudah keras dengan perangai arab, aku dan shasha senyum 'gembira sambil meloncat-loncat '. Lepas tu amik teksi,cakap ngan ammu tu kami nak pegi Murur,dan dengan penuh keyakinan dan keazaman ...