Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

Maafkan Suharto...

Jeneral Suharto lahir pada 8 Jun 1921- 27 Januari 2008. Nama penuh: Haji Muhammad Soeharto ialah Presiden Indonesia yang kedua selepas Presiden Sukarno. Nama panggilannya "Pak Harto". Selepas Surat Perintah Sebelas Mac (Supersemar) yang dipertikaikan ramai dikeluarkan oleh Sukarno pada 11 Mac 1966, beliau dilantik sebagai Presiden Sementara dan kemudiannya dilantik sebagai Presiden pada 21 Mac oleh Parlimen Rakyat Sementara (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) (MPRS). Suharto adalah presiden Indonesia yang paling lama memerintah iaitu selama 32 tahun (1966-98). Beliau pernah enam kali lagi dilantik oleh Parlimen Rakyat (MPR) sebagai Presiden Indonesia dari 1973 hingga 1998. Tempoh penggal terakhirnya berakhir sewaktu beliau menarik diri pada 21 Mei 1998 selepas berlakunya Rusuhan Mei 1998. Bekas Presiden Indonesia ini akhirnya meninggal dunia pada 27 Januari 2008 jam 1.10 tengah hari waktu Indonesia, setelah terlantar sakit dan disorong tarik ke bilik rawatan rapi di Ho...

The Choice

Bosannya kalau takde benda nak buat kan? lagi-lagi time cuti semester..Baru ni aku habis exam awal sikit sebab sem ni kitorang ada 4 madah je untuk kos lughah tahun 2,tapi member-member yang lain tak habis lagi. Macam kitorang abis 17hb,tapi ahly bait aku habis 23hb, kadang-kadang tu nak memekak pun orang lain nak study,jadi buat hal sendiri la sambil-sambil hafal Al-Quran prepair untuk sem 2 nanti. Dalam bosan-bosan tu tetiba je Shareez member kamcing aku tu,cadangkan aku supaya baca buku `The Choice` by Ahmad Deedat,idea menarik,aku dah tahu lama pasal buku ni,tapi tak ada masa nak belek maklumlah sibuk,cehh ayat je. Mula-mula aku buka tu macam pening, orang tak power inggeris kan, pelan-pelan kayuh la. Bila mula buka buku tu,aku rasa macam menarik sangat pasal dia banyak menjelaskan perihal Nabi Muhammad (PBUH), Jesus The Christ,Moses (PBUH)dan banyak lagi. Kemudian dia mula masuk dengan perbandingan dan kekeliruan agama berpandukan Al-Quran dan Bible. Jadi kat sini aku nak iklank...

Benazir Bhutto

BENAZIR BHUTTO Benazir Bhutto ( 21 Jun 1953 - 27 Disember 2007 ) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti beliau di bandar Rawalpindi, Pakistan pada hari Khamis, 27 Disember 2007. Beliau merupakan seorang ahli politik Pakistan. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 1988 tetapi digulingkan 20 bulan kemudian oleh Presiden Ghulam Ishaq Khan atas tuduhan rasuah dan kleptokrasi . Ghulam Ishaq menggunakan Pindaan Kelapan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru. Bhutto dipilih semula dalam tahun 1993 tetapi disingkirkan tiga tahun kemudian oleh Presiden Pakistan ketika itu, Farooq Leghari . Pada tahun 2006, Interpol telah mengeluarkan arahan untuk menangkap beliau dan suaminya. Benazir kemudian membuat kenyataan media bahawa beliau akan kembali ke Pakistan pada September 2007 setelah pentadbiran Presiden Pervez Musharraf semakin ditolak rakyat. Benazir Bhutto merupakan anak sulung kepada bekas Perdana...

Selamat Tahun Baru 1429..

Assalamualaikum Dah lama tak menulis kat blog aku ni,minta maaf la kalau ada yang buka blog ni tapi tak ada cerita baru,bukan aku tak nak menulis tapi buat masa ni semua tengah dalam fatrah imtihan jadi masing-masing sibuk termasuk aku. Sebenarnya,untuk entry kali ni aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1429 HIJRAH, diharap dengan kedatangan tahun baru ini memberi semangat kepada kita sebagai pelajar di bumi anbiya` ini juga pada saudara-saudara kita di seluruh dunia,insyaALLAH. Aku juga mengharapkan doa dari korang semua,kerana dalam hidup sebagai pelajar ni,aku pun tak terlepas dari dugaan dan cubaan,dan aku mengharap sangat-sangat. So untuk entry yang akan datang,insyaALLAH aku akan memperbanyakkan lagi info,sebab banyak program yang menarik selepas imtihan ini insyaALLAH,mungkin kita ada pertandingan bola sepak peringkat Mansoura,pastu kita ada Maa`rad Kutub (pameran buku terbesar),dan banyak lagi. InsyaALLAH untuk slot `buku manual` pun insyaALLAH nak ditambah lagi,pasal mungkin ...